Buletin

MARI TONTON PERLUMBAAN DRAG DI KLEBANG, MELAKA !  

 

Perlumbaan drag bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Sejak 10 tahun lepas sudah banyak acara perlumbaan serupa dijalankan oleh pihak persendirian mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan. Satu perkara yang pasti, buatlah di mana pun sambutan penduduk tempatan memang luar biasa. Ye lah. Kau ingat senang nak tengok orang berlumba depan mata kat Kuala Nerang sana?

Daragtimes2u adalah antara penganjur yang aktif dengan perlumbaan drag jarak dekat. Ye lah, dah drag takkan 1 kilometer pulak. Tu amazing race namanya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Daragtimes2u telah mengembara ke seluruh negeri, mengadakan perlumbaan peringkat bawahan dan boleh saksikan orang berlumba dengan riang gembira tanpa takut dikejar polis.

Minggu hadapan, Dragtimes2u kembali semula ke Melaka. Setelah selesai sesi Drag Kulim Merdeka Race 2016 pada 30 dan 31 Ogos yang lalu lokasi seterusnya ke selatan tanahair di bumi Melaka Bersejarah. Ianya pasti sesuatu yang dinantikan oleh penggiat drag tanahair dari zon Selatan bagi menguji jentera masing masing.

drag klebang (1)

Bertempat di lokasi di persisir Pantai Klebang, dengan konsep Drag Jamboree, ia pasti membawa kelainan dalam penganjuran drag negara. Perlumbaan ini melibatkan catatan masa bagi jarak 305 meter untuk kereta dan 201 meter bagi motosikal. Satu sesi saringan masa terbuka dibuat sebelum saringan peringkat kumpulan mengikut kategori masing-masing.

Berdasarkan sambutan yang diterima pada tahun lepas, sambutan dari warga Melaka amat menggalakkan. Pelumba datang dari seluruh pelusuk tanahair dan tak ketinggalan dari negara jiran, Singapura.

Perlumbaan ini disasarkan pada 15 kategori utama untuk kereta dan 8 kategori bagi motosikal. Antara yang bakal menyaksikan persaingan sengit ialah 2 kategori yang di datangkan khas bagi kereta 1.5 On The Road dan 1.5 Pro Street

drag klebang (2)

Kategori lain yang tak kurang penting terutama bagi kategori Turbo Pro Street, Turbo Diesel Pro Street, Vtech dan King Pro Drag.

Berbeza dengan perlumbaan drag lain, Dragtimes2u turut membawakan acara drag khas saringan masa bagi jentera kereta supercar yang menggelarkan diri mereka ‘Weekend Drive Group’ (WDG) untuk julungkalinya di dalam sirkit kali ini bagi memeriahkan suasana drag di pantai Klebang nanti.

Acara yang bermula pada 23 sehingga 25hb September 2016 ini nanti bermula dengan saringan masa terbuka untuk kereta selama satu hari setengah dengan sesi ‘knock out’ pada 24hb petang. Dan acara motosikal pada 25hb dengan saringan masa disebelah pagi dan ‘knock out’ disebelah petangnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman facebook dragtime2u.

Google ads
Back to top button