Motosikal

ANITA YUSOF JAYAKAN MISI GLOBAL DREAM RIDE 2016

Seorang pensyarah yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata, Anita Yusof akhirnya telah berjaya menjadi pengembara motorsikal wanita muslim pertama di dunia yang menunggang sejauh lebih 65,000km secara solo.

Anita-Yusof-GIVI-Global-Dream-Ride-2016-mekanika (2)

Beliau selamat tiba di sempadan Malaysia di sini setelah setahun mengembara ke 40 buah negara dan mengelilingi empat benua. GIVI adalah penaja utama pengembaraan ini yang diberi nama ‘Global Dream Ride’ (GDR) 2016.

Pengembaraan Anita bermula di Kanada yang kemudian merentasi Amerika Syarikat. Sebelum ke selatan Brazil, Columbia, Chile, Argentina dan akhirnya tiba di Ushuaia (bandar paling Selatan di dunia) di mana videonya menjadi viral dalam kalangan penggemar adventure riding.

Anita-Yusof-GIVI-Global-Dream-Ride-2016-mekanika (5)

Selepas motosikal Yamaha FZ150 miliknya diterbangkan ke London, Anita meneruskan pengembaraan ke seluruh United Kingdom. Setibanya di Eropah, beliau disambut oleh Presiden GIVI, Giuseppi Visenzi di ibu pejabat GIVI di Brescia, Itali.

Anita yang selamat tiba di tanah air pada 16 September 2016, sempena Hari Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung menjayakan kembara Global Dream Ride tersebut.

Anita-Yusof-GIVI-Global-Dream-Ride-2016-mekanika (7)

Ditanya mengenai perancangan untuk pengembaraan akan datang, “Berikan sedikit masa untuk saya berehat, lagipun sudah setahun saya tidak berjumpa dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta,” jawab Anita.

Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee bersyukur kerana Anita dapat pulang dengan selamat selepas setahun mengembara. “Kami tahu ia merupakan pengembaraan yang mencabar. Jadi, kami telah mempersiapkan pelbagai aksesori kembara untuk beliau.

Anita-Yusof-GIVI-Global-Dream-Ride-2016-mekanika (6)

“Kami amat berbangga dengan kejayaan beliau menyempurnakan kembara ini. Pada masa yang sama membuktikan bahawa produk keluaran GIVI memang tahan lasak dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.

Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca menyatakan GIVI bersetuju menaja Anita kerana beliau mempunyai ciri-ciri sesuai dengan imej yang ingin GIVI tonjolkan.

“Beliau mempunyai semangat yang tinggi dan ia amat mengagumkan kami. Nantikan kembara kami yang selanjutnya bersama Anita!” jelas Perucca.

Google ads
Back to top button