Buletin

MAS 2024: GAC AION Y PLUS RASMI DILANCARKAN – DUA VARIAN, JARAK GERAK 490KM, HARGA BERMULA RM119K

GAC AION Y PLUS baharu iaitu jenama Kenderaan Elektrik (EV) pertama di bawah pengedaran WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) secara rasmi dilancarkan hari ini di Malaysia Auto Show 2024.

Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu GAC Aion Y Plus Elite serta GAC Aion Y Plus Premium.

Dari segi penggayaan, GAC AION Y PLUS menampilkan reka bentuk menarik yang diserlahkan oleh lampu depan Angel’s Wing yang unik dengan 7 bar cahaya mendatar, rim aloi 17-inci (Standard), varian Premium dipadan rim aloi 18-inci dan pemegang pintu elektrik.

Bukan itu sahaja, Ia juga menawarkan pilihan terluas dalam segmennya, dengan 7 warna luaran antaranya Glamour Black serta Youthful Green.

Di dalam, GAC Aion Y Plus didatangkan bersama ciri standard seperti instrumen digital 10.25-inci, paparan infotainmen skrin sentuh 14.6-inci, tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 6-hala dan stereng pelbagai fungsi yang dibalut fabrik jenis kulit.

Ciri standard lain termasuklah sistem audio hi-fi Bongiovi 6-pembesar suara serta panoramic sunroof.

Sementara, varian Premium pula dilengkapi tempat duduk penumpang hadapan boleh laras kuasa, pengudaraan tempat duduk pemandu, pad pengecasan wayarles Qi serta pencahayaan ambien 32-warna.

Perincian lain termasuklah keupayaan unik tempat duduk hadapan untuk bersandar sepenuhnya, berubah menjadi katil double 1.8 meter lebar.

Selain itu, GAC AION membuat pelaburan sebanyak RM2 bilion dan mendedikasikan 30 bulan untuk membangunkan Platform Elektrik GAC AION (AEP2.0), sistem canggih yang disesuaikan secara eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV).

Platform ini menampilkan jarak roda terluas dalam segmennya pada 2,750mm, dan lantai rata penuh yang luas untuk penumpang belakang.

Model EV ini dikuasakan oleh Magazine battery GAC AION, mempunyai kapasiti 63.2KWH dengan output maksimum 150kW.

Untuk rekod, GAC AION Y PLUS menawarkan jarak gerak sejauh 490km (NEDC) atau 430km (WLTP).

Beralih pada harga, GAC AION Y PLUS boleh dimiliki pada harga seperti dinyatakan di bawah:

  • GAC Aion Y Plus Elite – RM119,800
  • GAC Aion Y Plus Premium – RM135,800

GALERI:

Google ads
Back to top button