Motosikal

MAS2024: SUZUKI GSX-8R, GSX-S1000GX, V-STROM 800RE KINI DI MALAYSIA – DARI RM53,800

Suzuki Malaysia dengan rasminya memperkenalkan tiga model baharu untuk pasaran tempatan menerusi Suzuki GSX-8R, GSX-S1000GX dan V-Strom 800RE. 

Suzuki GSX-8R (RM53,800)

Meskipun dikuasakan enjin parallel-twin 776cc yang sama namun model ini tampil dengan gaya ‘sportsbike’ dengan kehadiran panel badan yang penuh berbanding ‘naked’ yang ditawarkan GSX-8S. 

Selain menawarkan 81hp dan 78Nm seperti GSX-8S, model ini juga dilengkapi dengan ‘quickshifter’ secara standard. 

Suzuki GSX-S1000GX (RM89,900)

GSX-S1000GX merupakan solusi Suzuki dalam menyaingi segment ‘sport touring’ yang ketika ini didominasi Kawasaki Versys 1000, Yamaha Tracer 9 GT dan BMW S 1000 XR. 

Menariknya, bagi memastikan model serba baharu ini mencuri perhatian, GSX-S1000GX merupakan model pertama Suzuki yang hadir dengan suspensi elektronik menerusi Suzuki Advanced Electronic Suspension selain dari Suzuki Road Active Stablization dan Suzuki Floating Ride Control. Fungsi ‘quickshifter’ juga didatangkan secara standard. 

Dalam pada itu, GSX-S1000GX ini dikuasakan enjin 4-silinder 999cc K5 yang menawarkan 150hp dan 106Nm. 

Suzuki V-Strom 800 RE (RM54,800)

Suzuki V-Strom 800 RE merupakan varian Standard kepada V-Strom 800 DE yang diperkenalkan lebih awal sekitar tahun lalu. 

Motosikal ini dilengkapi dengan pakej yang lebih sesuai untuk kegunaan di jalan raya berbanding off-road ekoran dipadankan bersama rim aloi 19-inci depan dan 17-inci belakang berbanding 21-inci pada varian DE. 

Meskipun begitu, V-Strom 800 RE ini masih lagi dipacu enjin parallel-twin 776cc yang sama dan menawarkan 83hp dan 78Nm. 

Google ads
Back to top button