
MASA TUNGGU MONOREL MAKIN PENDEK TAHUN DEPAN.5 MINIT SAHAJA
Perkhidmatan monorel akan ditambah baik menerusi pengenalan set tren empat gerabak keenam pada suku pertama tahun depan, sekali gus memendekkan waktu menunggu penumpang.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran berkata set tren itu adalah antara tujuh set tren empat gerabak yang akan dibekalkan oleh Scomi Transit Projects Sdn Bhd kepada Rapid Rail bermula Mac hingga Disember 2021.
“Tujuh set ini merupakan sebahagian daripada 12 set tren empat gerabak yang dibekalkan oleh Scomi.
“Pada masa sekarang, perkhidmatan monorel beroperasi masing-masing dengan lima set tren empat gerabak dan dua gerabak,” katanya pada Program Familiarisasi Operasi Anak-Anak Syarikat di Depoh Monorel, Brickfields.
Beliau memberitahu, bagi setiap tren empat gerabak yang dimasukkan (dalam perkhidmatan), satu tren dua gerabak akan dikeluarkan. Ini sekali gus dapat meningkatkan kapasiti penumpang daripada 214 kepada 430 orang pada waktu puncak dengan kekerapan tren pada purata lima minit. – Bernama
- BACA: POLIS SWITZERLAND CARI PENUMPANG KERETA API TERTINGGAL JONGKONG EMAS BERNILAI RM1 JUTA
- BACA: ULANG TEDUNG SELA DITANGKAP DI STESEN KERETA API SINGAPURA
- BACA: INDIAN RAILWAYS UBAH SUAI 20,000 GERABAK KERETA API JADI PUSAT KUARANTIN COVID-19
- BACA: KERANA SEEKOR LINTAH BULAN, PERJALANAN 12,000 PENUMPANG KERETA API DI JEPUN TERGANGGU





