Buletin

DAVID BECKHAM JADI MUKA BAHARU DUTA GLOBAL MASERATI

David Beckham yang merupakan legenda bola sepak Britain dan ikon dalam dunia penggayaan diumumkan sebagai duta global baharu Maserati.

Pemilik kelab Inter Miami itu, berkongsi berita baik tersebut melalui video iklan terbaharu yang mendapat sentuhan pengarah Harmony Korine.

Melalui video terbabit, Beckham melakukan aksi donut di tapak parkir dengan mengendali SUV Maserati terbaharunya, Levante Trofeo.

“Ini adalah masa menggembirakan bagi saya untuk memulakan kerjasama dengan Maserati, pengeluar ikonik dari Itali yang berkongsi penghargaan saya terhadap inovasi dan reka bentuk yang terbaik.

Maserati, pengeluar kenderaan mewah dari Itali dengan warisan 105 tahun, telah lama menghasilkan beberapa kereta paling cantik di pasaran, terutama yang popular di rantau Teluk. – esquire

Google ads
Back to top button