Artikel Pilihan

MATRA – DARI KERETA SPORTS KE BASIKAL ELEKTRIK

Tempoh hari Brader Karrager ada bawakan alkisah tentang sebuah model Kereta Sports, Matra Bagheera. Kali ini Brader Karrager akan kongsikan perihal tentang Matra, sebuah firma pembuatan kereta lama dahulu. Sekarang ini dah berubah kepada firma pembuatan basikal yang handal.

Jenama Matra ini mula wujud semenjak dari pada tahun 1947 lagi. Kemudiannya pada tahun 1964, jenama Matra ini semakin dikenali apabila mereka mula melibatkan perniagaan pembuatan kereta. Orang yang bertanggungjawab untuk membawa pembaharuan kepada industri pembuatan kenderaan ini adalah Marcel Chassagny da Jean-Luc Lagardère yang kemudiannya bertindak selaku CEO kepada Matra sendiri.

Model Kereta Sports Kompak pertama keluaran Matra adalah Matra Djet. Kalau tengok paras rupa memang nampak mengancam sangat dah. Ada iras – iras Super Car. Dan buat pertama kalinya juga enjin daripada Renault telah menjadi pilihan. Enjin yang bersesaran 1.1 liter ini datangnya daripada model Renault 8.

Kita semua barangkali pernah melihatkan model Renault Espace generasi kedua yang pernah dijual di negara kita? Suka untuk Brader Karrager kongsikan bahawa model pertama Espace adalah air tangan daripada Matra juga sebenarnya setelah turut bekerjsama dengan Renault. Dan pada awal tahun 2000, sekali lagi Matra telah menghasilkan Avantime yang turut dipakaikan dengan lencana Renault. Memang kamcing betul dengan Renault.

Sebelum terlupa, suka juga untuk Brader Karrager kongsikan selain daripada mengeluarkan Kereta Sports, Matra juga sebenarnya pernah menghasilkan sebuah kenderaan ala SUV, Matra Rancho namanya. Dengar nama pun tak berapa nak macho. Tengok paras rupa pun begitu juga. Cuma adalah iras Off Road sikit. Bolehlah acah – acah nak parkir tepi anak sungai. Nak redah bimbang terkandas pula. Maklumlah, bukannya model pacuan empat roda pun kan?

Kemuncak bagi sebuah firma pembuatan kenderaan sudah tentulah melibatkan diri dalam perlumbaan. Setakat Formula 3 dan Formula 2 sekitar pertengahan 1960an, mereka boleh tahan handal juga. Dan pada tahun 1967 sehingga ke 1972, Matra juga pernah terjebak dalam perlumbaan ulung Formula 1 sebagai Pasukan. Malah pada tahun 1969, Matra adalah juara Formula 1 bagi kategori Pasukan. Sebetulnya juga, selain daripada pengeluaran model Kereta Sports, Matra juga aktif dalam bidang aeronatik dan juga persenjataan. Bukan main bercabang lagi bidang perniagaan yang Matra ini ceburi.

Kemudiannya pada September 2003 cabang utama, (Matra Automobile Engineering) telah diserahkan hak kepada Pininfarina SpA. Nampak macan berakhir dah riwayat jenama Matra ini di kala itu.

Namun kini jenama Matra kembali dihidupkan semula pada tahun 2004 sebagai pengeluar basikal elektrik yang handal di Perancis. Sekarang, ianya dijenamakan sebagai Matra Manufacturing & Services yang mengkhususkan dalam dunia mobiliti yang lebih mesra alam. Ini bukan sebarang basikal elektrik ya. Kalau masuk Sukan Olimpik pemenang Pingat Perak sahih – sahih kena tinggal lapan belas tiang.

BACA : MATRA BAGHEERA – KERETA SPORTS YANG TAK BERAPA NAK SPORTS

BACA : RENAULT ESPACE F1 – MPV TERPANTAS DI DUNIA

Tags
Google ads
Back to top button