BuletinMotosikal

MAYSHOWA PROMOSIKAN RANGKAIAN MINYAK MOTOSIKAL ENEOS DENGAN KEMPEN ‘GO RACE WITH ENEOS’

Fasa satu kempen jalanan MAYSHOWA bertemakan  ‘Go Race With Eneos’ yang berlangsung dari hingga  Oktober telah tamat. Ia merupakan satu inisiatif yang diambil syarikat terbabit untuk memperkenalkan minyak motosikal  yang paling popular di Jepun itu ke pasaran tempatan. Kempen itu juga berjaya meraih tumpuan  kerana jenama ini juga dikenali sebagai ‘Japan’s No. 1 Oil Company’.

Syarikat minyak enjin yang terulung di Jepun ini juga membina publisiti melalui acara Grand Prix motosikal yang akan datang (1-3 November 2019). Malah Eneos memang bukan muka baru dalam arena MotoGP kerana mereka ialah penaja rasmi Yamaha Factory Racing Team sejak tahun 2011.

Kempen bergerak ini merangkumi dua pasukan yang bergerak dengan kenderaan promosi dan mengunjungi pusat-pusat servis motosikal di sekitar Lembah Kelang 14-21 Oktober untuk Fasa 1. Fasa 2 pula akan dimulakan pada bulan November nanti.

Seramai 282 daripada 330 peserta kajian kempen (survey) mengesahkan biasa melihat jenama ini dan tahu mengenai penglibatan ENEOS dalam arena MotoGP. Daripada jumlah itu, lebih dari 110 orang peserta juga pernah menggunakan minyak pelincir jenama ini dan berpuas hati dengan prestasinya.

140 peserta mengambil bahagian dalam cabutan bertuah untuk kempen ini dan berpeluang memenangi hadiah seperti telefon pintar dan tiket Grandstand MotoGP yang bernilai lebih dari RM6000.

Untuk itu satu majlis penganugerahan hadiah untuk para pemenang telah diadakan di NKS Trading Sdn. Bhd. di Jalan Sentul pada 26 Oktober 2019 baru-baru ini. Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil dari Mayshowa Group of Companies, wakil JX Nippon Oils dan wakil dari Energy Asia Singapore.   

Bukan itu sahaja majlis tersebut juga dibuka kepada orang ramai yang berada di kawasan sekitar dan mereka turut berpeluang memenangi barangan menarik dari Eneos dengan menjawab soalan-soalan mudah yang ditanyakan oleh pihak penganjur.

Tags
Google ads
Back to top button