Motosikal

YAMAHA KINI BERADA PADA HALUAN YANG BETUL TAPI BANYAK YANG PERLU DIPERBAIKI – ROSSI

Valentino Rossi akan memulakan perlumbaan musim ke 24 beliau dalam GP dunia di Qatar hujung minggu ini. Daripada jumlah tersebut 20 musim merupakan perlumbaan beliau dalam kelas premier yang sebelum ini juga dikenali dengan GP500. Untuk rekod Rossi memegang 7 kejuaraan dunia dan mempunyai rekod kemenangan sepanjang karier sebanyak 89 kali.

Tapi yang sedihnya kali terakhir Rossi berada di atas podium ialah 20 bulan lepas di Assen. The Doctor juga mengharungi musim 2018 tanpa satu pun kemenangan sebagai pelumba utama Yamaha manakala rakan sepasukan beliau Maverick Vinales  cuma berjaya menaiki podium sekali di Phillip Island.

Pelbagai perubahan teknikal dan ujian dijalankan bagi membolehkan jentera M1 menjadi juara seperti satu ketika dahulu dan Rossi sebenarnya jaug lebih cerewet dengan perkembangan ujian setakat ini berbanding Vinales dalam menyelesaikan masalah geliciran tayar belakang dan penggunaan tayar yang terlalu cepat haus.

Pelumba kebanggaan Itali itu bersetuju yang jentera Yamaha tersebut kini semakin laju dan berjaya membuat catatan masa yang baik dala sesi ujian baru-baru ini. Malah 4 buah jentera Yamaha berada dalam kelompok 7 terbaik dalam sesi ujian tetapi Rossi maih lagi bimbang jika prestasi sama berjaya dikekalkan dalam perlumbaan sebenar.

Tapi pada masa yang sama Rossi juga yakin yang mereka akhirnya mengambil langkah yang tepat untuk bersaing dengan Ducati dan juga Honda.

Rossi juga cukup gembira kerana musim baru MotoGP bakal bermula hujungh minggu ini setelah berpuas hati dengan ujian pra-musim yang dijalankan di Sepang dan juga Qatar. Pasukan yang jentera Yamaha sudah menunjukkan peningkatan dan mereka yakini kini mereka berada pada haluan yang tepat, jelas Rossi yang baru sahaja menyambut ulangtahun  ke-40 baru-baru ini.

Perlumbaan yang bermula dengan ujian bebas Jumaat ini akan menjadi medan untuk menguji jentera dalam perlumbaan sebenar. Peluang masih terbuka untuk mereka mempertingkatkan lagi prestasi dan Rossi sendiri sudah cukup bersemangat untuk bekerjasama dengan staf-staf Yamaha dalam mengharungi musim terbaru ini.    

Google ads
Back to top button