Buletin

60% CARIAN ALAT GANTI DI INTERNET IALAH BARANGAN PALSU – INCOPRO

Hampir 60 peratus carian alat ganti automotif di laman web dilapor membawa pengguna kepada penjual barangan tiruan.

Dewan Perniagaan Industri Automotif Persekutan Australia (FCAI) baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa terlalu banyak perniagaan tidak sah melibatkan penjualan alat ganti.

FCAI memetik dapatan itu daripada firma perlindungan harta intelektual, Incopro. Namun begitu, bukan semua carian membawa pengguna ke laman web jualan alat ganti palsu .

Incopro memberitahu tiga daripada empat carian yang pertama mempamerkan laman web ‘berisiko’ dan diragui. Laman web tersebut menjual produk palsu atau produk yang melanggar harta intelektual.

Jadi, pengguna perlu membeli alat ganti kenderaan daripada rangkaian pengedar sah sahaja. FCAI mengakui pihaknya telah menemui brek pad, rim, stereng, penapis udara, penapis minyak, palam pencucuh dan bonet palsu.  

“Produk-produk ini gagal berfungsi dengan baik, terbakar, patah atau terputus dua. Ini jelas membahayakan pengguna dan mereka perlu lebih bijak,” kata Ketua Eksekutif FCAI, Tony Weber.

FCAI dilihat cukup proaktif dalam membasmi masalah kebanjiran alat ganti palsu di pasaran Australia. Malah FCAI meminta portal e-dagang supaya membuang senarai dan pautan penjual yang sah menjual barangan tersebut.

Bulan lalu, FCAI mendapati palam pencucuh tiruan boleh menyebabkan komponen dalaman enjin rosak teruk. Ia memiliki satu pangkalan data yang menyenaraikan pelbagai baragan tiruan. Kes paling banyak ialah brek pad yang diperbuat daripada klip daun yang dimampatkan.  

Google ads
Back to top button