Buletin

MAZDA 3 MENANG ANUGERAH CAR OF THE YEAR DI CHINA!

Di sebuah negara yang menjual lebih 20 juta kenderaan setahun, ratusan pembuat kereta pelbagai jenama, puluhan  model dilancarkan setiap bulan, China adalah pasaran kereta yang sangat kompetitif.

Payah untuk jenama luar bertapak dan setiap model perlu maksima dari segi spesifikasi bagi membolehkannya mendapat perhatian di sebuah negara yang mementingkan teknologi dalam kereta mereka.

Tapi itu bukanlah kisahnya. Apa yang dicapai oleh Mazda di China merupakan kejayaan luar biasa apabila Mazda 3 berjaya menggondol anugerah Car Of The Year 2020 di China.

Di perkenalkan pada Ogos lalu di pasaran Tanah Besar China, kenderaan Mazda dipasang dengan usahasma Changan Mazda Automobile Co., Ltd.

Anugerah tahunan ini menampilkan 194 calon kenderaan dengan 38 juri dilantik untuk memilih 10 kenderaan terakhir.

Mazda3 dibina dengan fokus untuk pengguna moden. Ia sebuah kereta yang benar-benar moden berbanding generasi sebelumnya. Antara ciri menarik yang menjadikannya sebuah kenderaan berbeza berbanding pesaingnya ialah;

  • Hubungan di antara pemandu dan kereta ditingkatkan lagi dengan beberapa penambahbaikan seperti larasan stereng teleskopik yang lebih luas untuk penyesuaian kedudukan pemandu. Larasan ditambah 10mm lebih menjadikan julat perubahan sehingga 70 mm.
  • Lokasi gear dianjak ke hadapan dan lebih tinggi supaya pemandu lebih mudah untuk mengalih tangan dari stereng semasa penukaran gear
  • Bahagian dalam direka mengikut konsep horizontal simetri dan setiap elemen diposisikan supaya menghadap pemandu
  • Konsep less is more adalah evolusi kepada gayaan Kodo dengan reka bentuk ringkas dan minimalis
  • Walaupun ringkas tetapi masih canggih dengan paparan LCD berukuran 8.8 inci yang mengandungi pelbagai fungsi dan maklumat
  • Bahagian dalaman lebih senyap melalui konsep binaan dua dinding iaitu panel badan kereta dan karpet. Kedua-duanya memainkan peranan penting terutama sekali karpet apabila ia bukan sekadar hiasan malah menjadi penebat bunyi yang direka untuk saling melengkapi.
  • Gayaan wajah Mazda terkini iaitu lampu halus atau “sepet” dengan gril besar
  • Model hatchback tampil dengan gayaan menggoda dengan pendekatan baharu dalam bentuk tiang C
  • Pasukan pereka mahukan sebuah model hatchback yang tampil jelas dan solid pada masa sama masih anggun

  • Model sedan pula mengambil semula falsafah kereta penumpang sebelum ini melalui tiga pembahagian iaitu bonet enjin, penumpang dan but dalam masa trend sekarang ialah sedan ala fastback
  • Hasilnya ialah sebuah sedan yang tampak matang, kemas dan elegan
  • Lampu belakang dua silinder adalah pendekatan segar untuk sebuah hatchback massa
  • Reka bentuk lampu minimalis pula adalah evolusi baharu falsafah gayaan Kodo
  • Pilihan enjin ialah Skyactiv-G 1.5 liter, transmisi auto enam nisbah kelajuan serta kuasa 114 hp dan daya kilas 150 Nm dan Skyactiv-G 2.0 liter, transmisi auto enam nisbah kelajuan dengan kuasa 162 hp dan daya kilas 210 Nm.
Tags
Google ads
Back to top button