Buletin

MAZDA BANTU PESAKIT BUAH PINGGANG

Prima Merdu Sdn. Bhd. (Prima Merdu) dan Bermaz Motor Sdn. Bhd. (Bermaz Motor) baru-baru ini telah menyumbang sebanyak RM1 juta untuk membantu pesakit buah pinggang.  

Mazda-Medicare-Fund-mekanika (7)

Bantuan tersebut disalurkan menerusi Dana Penjagaan Kesihatan Mazda (MMF) yang turut mendapat kerjasama daripada penyedia penjagaan kesihatan terkemuka, B. Braun Avitum Renal Services (BARS).

MMF berhasrat menyediakan rawatan haemodialisis kepada para pesakit buah pinggang yang mempunyai masalah kewangan, tanpa mengira bangsa atau agama. Pesakit yang layak akan menerima subsidi rawatan haemodialisis di mana-mana 12 pusat dialisis B. Braun di Malaysia.

Mazda-Medicare-Fund-mekanika (1)

“Kami ingin menawarkan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit. MMF adalah salah satu cara untuk kami memberi sumbangan kepada masyarakat,” kata Pengarah Urusan Bermaz Motor, Bermaz Datuk Sri Ben Yeoh.

MMF adalah sebahagian daripada program khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Bermaz Motor dan Prima Merdu. Sebagai contoh, Kejohanan Golf Amal Mazda untuk tahun ke-2 pada tahun ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM122,500. Semua wang tersebut akan disalurkan kepada Mount Miriam Cancer Hospital di Pulau Pinang.

Mazda-Medicare-Fund-mekanika (9)

“Kami menawarkan penjagaan terbaik kepada semua pesakit di pusat-pusat dialysis kami. Tajaan daripada Prima Merdu membolehkan kami menjangkau lebih ramai pesakit yang memerlukan rawatan,” jelas Presiden B. Braun Asia Pasifik, Anna Maria Braun.

Untuk memohon dana MMF, pesakit perlu menghantar borang bersama surat pengesahan daripada doktor. Pemilihan pesakit yang layak akan dibuat oleh jawatankuasa MMF. Sekiranya terpilih, pesakit akan menerima bantuan kewangan selama enam bulan.

Mazda-Medicare-Fund-mekanika (10)

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://mazda.com.my/mazdamedicarefund.aspx

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button