Buletin

MAZDA DEMIO (MAZDA2) JADI SASARAN PENCURI DI NZ

Jabatan polis Waikato, New Zealand memberi amaran kepada para pemilik Mazda Demio (Mazda2) supaya memasang kunci ekstra kerana model itu kini menjadi sasaran utama pencuri.

Dalam kejadian rompakan baru-baru ini, sebuah Mazda Demio 2006 dan Mazda Familia 2002 berwarna hitam yang dicuri telah digunakan sebagai kenderaan untuk penjenayah melarikan diri.

BACA: MAZDA2 COTY NST-MAYBANK 2015!

Perompak yang memakai sarung kepala dilaporkan telah memecah masuk sebuah kedai motosikal di Frankton sebelum merompak kedai minuman keras di Dinsdale. Demio tersebut dicuri di Frankton. Manakala Mazda Familia pula dicuri di Chartwell.

Menurut polis Waikato, beberapa buah Demio telah dicuri daerah itu dalam tempoh dua bulan. Polis juga menggesa orang ramai supaya membuat laporan jika ada pihak yang menunjukkan ‘minat luar biasa’ terhadap kereta tersebut.

“Penjenayah fikir mereka cerdik. Kami sedang menyiasat kes ini sepenuhnya. Kami juga ingin mengingatkan para pemilik kereta ini supaya mereka lebih berhati-hati,” kata polis Waikato dalam satu status Facebook mereka.

BACA: MADBUL – JENTERA DRIFT KACUKAN MAZDA RX-7 & RX-3

Sumber: nzherald.co.nz

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button