Buletin

LELAKI RUSIA TUKAR MERCEDES-BENZ S-CLASS JADI UTE

Dalam banyak-banyak kereta mewah, kita mungkin tidak pernah terfikir bahawa sebuah Mercedes-Benz akan dimodifikasi menjadi sebuah ute.

Tetapi, itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Rusia. Beliau telah menukar sebuah Mercedes-Benz S-Class miliknya menjadi sebuah ute yang boleh mengangkut barang-barang peribadi seperti motosikal berkuasa tingginya.

Lebih menarik lagi, motosikal itu turut dicat dengan tema warna yang sama iaitu hitam dan merah.

BACA: MERCEDES-BENZ C-CLASS COUPE

Melihat daripada gambar ini, kita harus akui bahawa hasil kerja modifikasinya memang kemas. Bahagian luaran nampak garang dengan warna hitam matte, gril hitam, rim  krom bersaiz besar dan grafik merah pada hud.

Sementara ruang kabin pula dimonopoli oleh kemasan kulit berwarna hitam dan oren. Tidak ketinggalan, lantai ruang kargo dibalut dengan kulit berwarna merah.

Kereta mewah itu berubah wajah dan fungsi pada Disember 2014. Empat bulan kemudian, ia dipamerkan di sebuah acara motor show di St. Petersburg dengan nama Black Kox.

Dari segi mekanikal, Black Kox masih menggunakan enjin V6 bersesaran 3.65 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 268hp.

BACA: MERCEDES-BENZ E 300 AMG LINE – RM458,888

kredit foto: Drive2 & CarAkoom

GALERI

Google ads
Back to top button