Buletin

MAZDA JADI PENAJA RASMI KERETA ACARA GOLF TERBUKA BANDAR MALAYSIA 2020

Bermaz Motor berbesar hati untuk mejadi penaja rasmi kereta untuk acara Pertandingan Golf Terbuka Bandar Malaysia 2020 yang bakal berlangsung pada 5 hingga 8 Mac 2020 di Kota Permai Golf & Country Club. 

Pertandingan tahun ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Japan Golf Tour. Ia menawarkan 40 tempat untuk pemain tempatan yang terdiri daripada 30 pemain profesional, 10 amatur dan empat pemain junior. 

Beberapa buah Mazda CX-9 akan digunakan untuk membawa tetamu kehormat dan pemain. Bukan itu sahaja, sebuah Mazda CX-8 juga akan menjadi hadiah Hole-In-One. 

Acara itu sememangnya dilihat sebaai peluang terbaik untuk memperkenalkan lagi jenama Mazda.  Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Mazda Malaysia:  www.faceook.com/mazdamy/ 

Google ads
Back to top button