
COVID-19: MOTOGP QATAR BERLANGSUNG SEPERTI BIASA MINGGU DEPAN
Perlumbaan MotoGP Qatar yang dijadual berlangsung pada hujung minggu depan dilapor bakal diteruskan seperti biasa, biarpun sekatan perjalanan dan visa dilihat semakin ketat berikutan penularan virus COVID-19 di seluruh dunia.
Qatar yang setakat ini masih belum mencatatkan sebarang kes COVID-19 kini meletakkan semua penumpang dari China, Korea Selatan dan Iran dalam kuarantin selama 14 hari.
Sementara pelancong yang datang dari Itali, Malaysia, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Jepun dan Macau akan diperiksa. Sesiapa yang mempunyai suhu badan tidak normal akan terus dihantar ke Hospital Hamad untuk menjalani ujian darah, sebelum dikuarantin selama 14 hingga 28 hari.
Biarpun begitu, pasukan MotoGP kini dimaklumkan bahawa kerajaan Qatar tidak lagi mengeluarkan ‘visa ketibaan’ untuk warganegara Itali atau Jepun.
Memandangkan lima daripada enam pengeluar berpangkalan di Jepun dan Itali, gangguan yang akan dialami memang jelas. Namun, pengecualian dengan syarat ketat telah diberikan kepada mereka.
Kerajaan Qatar juga akan mempercepatkan proses pemeriksaan kesihatan sekiranya kakitangan MotoGP yang tiba dari Jepun dan Itali gagal ujian suhu badan. Mereka tidak akan dikuarantin jika tidak dijangkiti virus berkenaan.
Selepas Qatar, MotoGP dijadual berlangdung di litar Buriram, Thailand. Thailand yang kini sudah mencatat 37 kes COVID-19 memberi jaminan acara MotoGP adalah selamat.
- BACA: MOTOGP 2020: APAKAH FAKTOR YANG MAMPU MENGHALANG MARQUEZ DARI MENJADI JUARA SEKALI LAGI?
- BACA: MAX BIAGGI DALAM SENARAI PENDEK APRILIA UNTUK SESI UJIAN MOTOGP
- BACA: JENTERA HONDA RC213V DIBINA HANYA UNTUK MARQUEZ? INI JAWAPAN BOS REPSOL HONDA MOTOGP
- BACA: ALEX MARQUEZ TERJATUH PADA SESI UJIAN PERTAMA MOTOGP. MENGAKU BUAT KESILAPAN ‘ROOKIE’








