Buletin

MAZDA JALIN KERJASAMA DENGAN PANASONIC – GUNA BATERI LITHIUM-ION SILINDER PANASONIC UNTUK EV MAZDA

Mazda baru-baru ini mengumumkan bahawa sedang mengadakan perbincangan bersama Panasonic untuk menggunakan bateri jenama itu bagi kenderaan elektrik.

Perbincangan dikatakan tertumpu kepada mewujudkan perkongsian jangka pendek serta panjang dan berharap bateri lithium-ion silinder Panasonic dimuatkan dalam kenderaan elektriknya, sama seperti Tesla.

“Kerjasama dengan Mazda akan menjadi langkah besar ke arah pencapaian misi kami untuk merealisasikan persekitaran yang mampan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Panasonic Energy, Kazuo Tadanobu.

“Dengan teknologi unggul serta pengalaman luas kami, kami yakin mampu memacu pertumbuhan industri bateri litium-ion termasuk mempercepatkan lagi usaha mencapai pelepasan sifar.”

Pada November 2022, Mazda merancang 25 peratus daripada jualannya datang daripada kenderaan elektrik tulen menjelang 2030. Eksekutif di syarikat itu juga mencadangkan pengecasan pantas adalah keutamaan lebih besar berbanding jarak jauh.

Mazda juga mahu menggunakan bateri lithium-ion silinder yang dibina di A.S kerana dengan peraturan cukai baru diperkenalkan, pembeli EV bakal menerima beribu-ribu dolar dalam insentif cukai di A.S.

“Mazda menjalin kerjasama dengan rakan kongsi dalam tiga fasa untuk bertindak balas secara fleksibel terhadap perubahan trend pengawalseliaan serta keperluan pengguna,” kata Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Kanan Mazda, Masahiro Moro.

Walaupun masih dalam perbincangan awal, Mazda berkata matlamatnya adalah untuk mendapatkan bateri dibekalkan oleh Panasonic untuk EV yang dijadualkan dilancarkan pada separuh kedua tahun 20-an.

Google ads
Back to top button