Artikel Pilihan

MCLAREN KINI BERSAMA PEMILIK BAHARU – DARI BAHRAIN TUAN-TUAN

Kini secara rasminya milikan McLaren Group sudah pun bertukar tangan. Ia kini menjadi milik penuhn Mumtalakat Holding Company, sebuah firma pelaburan milik Bahrain. Mereka sebelum ini memiliki 60 peratus saham McLaren dan dengan perkembangan baharu ini mereka telah menaikkan pegangan kepada 100 peratus. Fuh, power.

Apa kesannya kepada McLaren Automotive? Paul Walsh, pengerusi eksekutif syarikat pernah menyatakan yang langkah yang diambil ini akan membolehkan mereka lebih fokus untuk perancangan perniagaan jangka panjang. Ini termasuklah meningkatkan pelaburan dan produk baharu dan teknologi.

Nampaknya McLaren kini sudah menemui jalan penyelesaian kepada masalah kekurangan dana khususnya untuk pembangunan model-model akan datangnya termasuklah EV.

Kekurangan dana sebelum ini memaksa McLaren menjual sebahagian kereta penting dalam koleksi mereka untuk membiayai kos penghasilan Artura yang sudah tertangguh sekian lama. McLaren turut menjual ibu pejabat mereka dan kilang Foemula 1 dalam usaha menampung perbelanjaan.

Betul la tu, bila pendapatan berkurangan, pandai-pandai la cairkan aset untuk terus hidup. Hidup ni tak payah nak sentimental sangat.

Khabar angina bertiup tentang pelancaran hypercar baharu McLaren pada penghujung tahun ini. McLaren dikatakan berada dalam proses ‘suntingan’ akhir dan ia dijangka menggunakan enjin V8 hibrid plug-in yang mampu menjana 1,000 hp kuasa maksima.

Kalua betul keluar hypercar baharu memang gempak habis la. Patut pemilik baharu mereka sanggup keluarkan modal tambahan untuk beli seratus peratus saham syarikat. Tentulah mereya yakin dengan potensi McLaren ni. Ye tak?

Google ads
Back to top button