Buletin

MCU MODEL S GAGAL BERFUNGSI, TESLA KENA SIASAT

Pihak berkuasa Majlis Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) telah membuka siasatan terhadap dakwaan kegagalan unit kawalan media (MCU) yang dipasang pada kira-kira 63,000 unit Tesla Model S.

Sebanyak 11 aduan diterima NHTSA mendakwa terdapat kegagalan MCU pada Model S keluaran tahun 2013 hingga 2015. Unit kawalan media berkenaan menggunakan pemproses Nvidia Tegra 3 bersepadu dengan peranti flash memory 8 GB eMMC NAND.

Peranti yang mempunyai jangka hayat terhad itu bergantung kepada kitaran program atau dipadam. MCU Tesla tidak dapat berfungsi sekiranya peranti ini mengalami masalah.

Kegagalan peranti flash mungkin boleh berlaku apabila prestasinya menurun secara progresif seperti pengaktifan lebih lama, kekerapan masa rehat skrin sentuh, sambungan selular terputus-putus dan kehilangan navigasi.

Sekiranya kegagalan MCU berlaku, ia akan mengakibatkan kehilangan ciri-ciri audio dan visual yang terpapar di skrin sentuh. Ini termasuklah sistem infotainmen, navigasi dan penggunaan laman web.

Selain itu, kegagalan kamera untuk mengundur turut terjejas dengan masalah sistem MCU ini. Sistem kawalan suhu akan diubah kepada mod Auto, sekali gus mengehadkan arus pengecasan bateri.

Terdapat satu aduan yang dibuat pada NHTSA mendakwa apabila MCU tersebut gagal berfungsi, pemilik kenderaan tidak dapat melihat dengan jelas akibat kabus kerana sistem kawalan iklan gagal berfungsi.

Seorang lagi pemandu berdepan masalah monitor keselamatan yang bersepadu dengan sistem Autopilot tidak berfungsi.

Terdapat 159,000 Model S tahun 2012 hingga 2018 dan kenderaan Model X (2016 hingga 2018) yang menggunakan unit kawalan media ini. Begitupun, tiada siasatan dilakukan terhadap Model X. – carscoops.

Tags
Google ads
Back to top button