Buletin

PANASONIC SEDIA PENAPIS UDARA NANOETM X UNTUK GRAB

Panasonic Corporation menerusi kerjasama dengan Grab Holdings Inc., akan menyediakan penapis udara generator nanoeTM X kepada 5,500 kenderaan GrabCar Premium di ibu negara empat negara.

Ketua GrabAds Malaysia, Vivek Muganthan berkata lima bandar tersebut merupakan Kuala Lumpur (Malaysia), Singapura, Bandar Ho Chi Minh dan Hanoi (Vietnam) dan Jakarta (Indonesia).

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn. Bhd., Cheng Chee Chung berkata di bawah slogan “Quality Air For Life” (Udara Berkualiti untuk Kehidupan), syarikat tersebut menyediakan penyelesaian kualiti udara yang memberikan persekitaran udara berkualiti tinggi khusus untuk kegunaan di rumah, kedai dan pejabat.

“Teras kepada penyelesaian ini adalah teknologi bersih nanoeTM Panasonic dan ia digunakan dalam peralatan rumah seperti pembersih udara, penghawa dingin, mesin basuh, dan peti sejuk serta dalam kereta, kereta api dan peralatan penghawa dingin komersial kerana keberkesanannya antaranya ialah penyahbauan, membunuh bakteria dan alergen (bahan asing yang menyebabkan alahan),” katanya.

Chung berkata generator nanoeTM X yang akan dipasang pada kenderaan GrabCar Premium, dikuasakan oleh port USB dan saiznya yang kecil membolehkan ia diletakkan di pemegang cawan kereta, menjadikannya mudah untuk menghasilkan nanoeTM X untuk membersihkan udara di dalam kereta.

Sementara itu, Vivek berkata bahawa kerjasama itu juga akan menyaksikan Panasonic dan Grab bekerjasama untuk mempromosikan mengenai kepentingan udara berkualiti dengan memanfaatkan platform GrabAds yang unik dan penyelesaian di luar talian.

“Kempen ini merangkumi produk-produk untuk ditempatkan dalam kereta serta dipromosikan di laman utama aplikasi Grab, ia akan tersedia untuk lebih daripada pengguna 214 juta telefon pintar di Asia Tenggara. GrabAds menjadi platform pilihan iklan syarikat perniagaan di Asia Tenggara. – Bernama

Google ads
Back to top button