Motosikal

YAMAHA R1 2015

Yamaha sememangnya sangat fokus dalam menghasilkan jentera supersport kebanggaan mereka – R1.

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (11)

Sejak pengenalan model pertama pada 1998, cuma sedikit pengubahsuaian dilakukan pada model 2009. Misalnya kedudukan ekzos di bahagian bawah kerusi, lampu projektor, kawalan cengkaman dan teknologi crankshaft crossplane.

Manakala beberapa perubahan kosmetik pula merangkumi lampu utama LED serta skema warna. Selain daripada itu, R1 masih identikal bagi mana-mana peminat jentera supersport berkapasiti 1 liter.

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (10)

Pasaran motosikal kelas 1 liter hari ini banyak memperkatakan tentang BMW S1000RR. Ya. Walaupun tanpa MotoGP, BMW telah menghasilkan sesuatu yang mengejutkan industri.

Pada hari ini, S1K telah menjadi penanda aras baru sebuah motosikal jalan raya yang ‘mesra litar’. Jurutera dari Jepun sedar bahawa mereka mesti mendamaikan hati peminat yang telah beralih kepada jentera mampu milik dari Jerman itu. Berkuasa 200hp dan seberat 200kg. Sasaran asas bagi mana-mana model super sport hari ini.

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (9)

Tahun ini, sekali lagi industri dikejutkan dengan perang motosikal berkuasa tinggi, ketika Kawasaki meraikan H2 dan H2R mereka. Ramai orang melihat 2015 adalah tahun kelahiran semula Kawasaki dan Yamaha dalam persaingan yang semakin sengit ini.

Waktu Suzuki masih dengan chasis lama Gixxer, Honda Fireblade SP juga tak lari dari bayangan Rabbit mereka. Maka, Yamaha perlu melakukan sesuatu yang benar-benar baru.

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (5)

Teknologi daripada MotoGP dicurahkan sepenuhnya pada model 2015 ini. Tanpa berselindung, jurutera Yamaha menala motosikal ini lebih kepada karekteristik litar. Sudah tentu, ia memerlukan lebih daripada sekadar kuasa. Semuanya diadun daripada pakej M1, jentera perlumbaan penting Yamaha dalam kancah MotoGP.

Kerangka baharu yang dibina ini jauh lebih kukuh. Walaupun dimensinya tak banyak berubah, namun pakej keseluruhan telah memberi jiwa baru padanya. Ia dipasang dengan enjin 998cc dengan trademark crankshaft jenis ‘crossplane’.

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (8)

Hampir semua komponen dipertingkatkan. Liang pengambilan dan outlet ekzos diperbaharui. Proses pembakaran lebih efisyen dan kurang geseran. Kunci utama perubahan enjin 2015 ini ialah kotak udara 10.5 liter yang 24 peratus lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

Modul pengambilan udara YCC-I di bahagian intake juga direka 20 peratus lebih pendek. Sementara injap ekzos, pengambil lebih besar pada ukuran 33mm dan 26.5mm.

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (6)

Kalau tak salah saya, sistem kawalan traksi Yamaha R1 cuma dipasang pada tahun 2011. Sama seperti ABS dan beg udara pada motosikal pada awalnya dianggap gimik.

Sekarang, tengok sahaja fungsi itu bukan sahaja untuk keselamatan. Malah menjadikan kawalan di litar lebih mudah. Integrasi Traction Control System (TCS) turut disokong oleh Slide Control System (SCS) and Lift Control (LIF).

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (2)

Kompleksiti sistem ini sama sahaja dengan apa yang diaplikasikan dalam perlumbaan sebenar. Ye lah, anda ingat berapa susah masuk selekoh pada kelajuan tinggi dengan brek lambat dan keluar apex pada pecutan 12,000 rpm?

Jangankan jalan licin, sebutir pasir pun boleh menghumban motosikal ke bahu jalan tanpa kecekapan komputer ini. Sistem enam paksi IMU ini menggunakan pengesan gyro pada semua sudut tunggangan.

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (1)

Sistem pengendaliannya juga telah dipertingkatkan dengan dramatik. Tetapi masih belum menggunakan suspensi aktif seperti BMW HP4 dan Ducati 1198 Panigale. Dengan saiz brek yang lebih besar dan lebar, caliper Nissin serta sistem ADVICS 4 omboh pada pengangkup hadapan, memperlahankan supersport ini bukanlah satu masalah.

2015 boleh dilihat sebagai tahun kelahiran semula bagi segmen terpenting dalam industri. S1000RR telah memaksa gergasi supersport seperti Kawasaki melahirkan H2 dan H2r dan kemudiannya Yamaha dengan R1 dan R1M.

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (4)

Segmentasi ini turut dikongsi bersama pemain underdog seperti Aprilia RSV4 dan MV Agusta F4. Oh ya. Kenapa Ducati 1299 Panigale suka-suka nak masuk korum? Bukan sepatutnya lawan Kawasaki ZX14 atau Suzuki Hayabusa?

Hong Leong Yamaha Malaysia belum memberi sebarang isyarat kemasukan model ini. Tetapi sudah ada pengimport terpakai yang mengambil pesanan. Ada beberapa kedai juga sudah membawa masuk secara terus.

Yamaha-YZF-R1-2015-mekanika (12)

Harga? Paling murah pernah saya lihat ialah RM130,000 sebuah. Ya. Boleh beli Vellfire unregistered. Atau S1000RR daripada BMW Malaysia dengan baki untuk ekzos Akrapovic dan sut perlumbaan misalnya?

Google ads
Back to top button