Pandu Uji

MINI BAHARU: RM178,888 – RM248,888

Varian terbaharu itu mengekalkan aspirasi model terdahulu yang menjadikannya jenama kereta kompak premium paling menarik di dunia. Penambahbaikan signifikan dilakukan ke atas semua aspek seperti keseronokan pemanduan, kualiti premium dan keupayaan yang terus menyerlahkan gaya sebuah MINI.

SONY DSC

MINI Cooper ditawarkan dalam dua varian iaitu MINI Cooper dan MINI Cooper Chilli. Manakala MINI Cooper S pula tampil dengan MINI Cooper S dan MINI Cooper S Wired.

Dilihat dari segi luarannya, MINI baharu adalah lebih besar berbanding model sebelumnya. Lebih tepat lagi, dimensinya telah berubah kepada 3,821mm panjang, (MINI Cooper S 3,850mm), lebar 1,727mm dan tinggi 1,414mm.

SONY DSC

Ukuran ini menjadikannya 98mm lebih panjang, 44mm lebih lebar dan 7mm lebih tinggi berbanding model terdahulu. Tapak rodanya juga telah ditambah sebanyak 28mm kepada 2,495mm. MINI Cooper S pula memiliki dimensi keseluruhan 1,485mm.

Saiz baru itu nyata memberi kelebihan pada kemampuan ketika membelok, keselesaan pemanduan, ruang untuk penumpang serta peningkatan volum bahagian penyimpanan barang.

SONY DSC

Dari segi pilihan rim, MINI menawarkan rim Loop Spoke Silver bersaiz 16 inci untuk varian MINI Cooper dan rim Tentacle Spoke Silver bersaiz 17 inci bagi varian MINI Cooper S.

Demi menampilkan keseimbangan optimum di antara keseronokan memandu dan penjimatan bahan api, semua varian kini dilengkapi Teknologi Turbo MINI TwinPower. Percaya atau tidak, buat pertama kalinya dalam tempoh lebih separuh abad, kedua-dua enjin tiga dan empat slinder dengan Teknologi Turbo MINI TwinPower digunakan pada model ini.

SONY DSC

Nadi varian MINI Cooper ialah enjin petrol 3 silinder bersesaran 1.5 liter yang mampu menjana kuasa maksimum 100kW/136hp dengan tork puncak 220Nm. Ia berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.8 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 210km/j. Purata penggunaan bahan apinya pula sekitar 4.7 liter bagi setiap 100km dan tahap bacaan emisi CO2 sebanyak 109g/km.

SONY DSC

Varian MINI Cooper S pula dilengkapi enjin 4 silinder bersesaran 2.0 liter yang lebih berkuasa. Ia mampu menjana kuasa sehingga 141kW/192hp dan tork maksimum 280Nm. MINI Cooper S boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.7 saat dan mampu mencatat kelajuan maksimum 233km/j. Di sebalik pecutan itu, penggunaan purata bahan api hanyalah 5.4 bagi setiap 100km dengan catatan emisi CO2 cuma 125g/km.

SONY DSC

Keseronokan memandu MINI baharu ditingkatkan lagi menerusi mode pemanduan MID standard, SPORT dan GREEN. Mod GREEN menawarkan gaya pemanduan santai dan menjimatkan minyak. Tenaga yang digunakan untuk menjana fungsi-fungsi elektrikal seperti pendingin hawa dan pemanas cermin sisi dikurangkan.

Mode SPORT memegang gear dalam tempoh lebih lama dan menukar pemetaan enjin agar bunyi dan rasanya menjadi lebih agresif dan sporty. Mod MID pula menggabungkan karekter mod GREEN dan SPORT untuk memberikan pengalaman pemanduan yang seimbang.

SONY DSC

Menjengah ke ruang kabin, anda akan disambut oleh rekaan yang sofistikated dan berkualiti tinggi. Dengan elemen-elemen indikator yang baru dan pertambahan fungsinya, panel instrumen tengah MINI mengukuhkan lagi interaksi di antara pemandu dan kereta.

Sistem MINI Connected yang menjadi ciri standard untuk varian MINI Cooper Chilli, MINI Cooper S dan MINI Cooper S Wired menawarkan integrasi telefon pintar di dalam kereta secara ekstensif.

SONY DSC

MINI Connected ditawarkan menerusi skrin warna bersaiz 6.5 inci pada varian MINI Cooper Chilli dan MINI Cooper S. Manakala varian MINI Cooper S Wired mempunyai paparan skrin warna bersaiz 8.8 inci yang memaparkan operasi fungsi kenderaan, pendingin hawa, infotainmen, komunikasi, navigasi dan grafik khas untuk MINI Connected Services.

SONY DSC

MINI Cooper dan MINI Cooper S boleh didapati dalam sepuluh warna termasuklah oren, kelabu, merah, biru dan Thunder Grey yang eksklusif untuk varian MINI Cooper S. Manakala bahagian bumbung, perumah cermin sisi dan jalur pada bonet ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu putih atau hitam.

SONY DSC

MINI Cooper Chilli dan MINI Cooper S Wired hadir dengan pakej MINI Service Inclusive yang menawarkan penjagaan selepas jualan komprehensif selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 50,000km. Program ini juga ditawarkan kepada varian asas MINI Cooper dan MINI Cooper S dengan kos tambahan sebanyak RM5,900.

SONY DSC

Jika berminat, harga yang ditawarkan (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) adalah seperti berikut:

MINI Cooper – RM178,888

MINI Cooper Chilli – RM198,888

MINI Cooper S – RM228,888

MINI Cooper S Wired – RM248,888

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button