Buletin

SYARIKAT BAS THAILAND BERI DISKAUN 5% KEPADA PENERIMA VAKSIN COVID-19

Sebuah syarikat pengendali bas komersial di Thailand menawarkan diskaun ke atas tambang perjalanan dan perkhidmatan penghantaran kepada rakyat negara itu serta warga asing yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor portal Coconut hari ini.

Nakhonchai Air, menawarkan diskaun tambang sebanyak lima peratus daripada harga 350 baht (RM46) ke mana-mana destinasi bagi mana-mana bas kendaliannya. Individu yang telah divaksin boleh membeli satu tiket dalam masa sehari sehingga 20 kali.

Bukan itu sahaja, mereka berpeluang untuk menjadi ahli Nakhonchai Air selama empat tahun. Sekali gus melayakkan mereka untuk menerima diskaun lima peratus bagi penghantaran barangan ekspres bernilai 100 baht (RM13) menerusi khidmat penghantaran Nakhonchai Air.

Bagi menikmati diskaun tersebut, pengguna hanya perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama Covid-19 serta menunjukkan kad pengenalan diri di kaunter-kaunter tiket atau secara online menerusi Facebook dan Line.

Untuk bukan warganegara Thailand pula, mereka hanya perlu menunjukkan pasport. Kempen tersebut berlangsung sehingga 31 Disember ini. – AGENSI

Google ads
Back to top button