MERCEDES-BENZ 300 SLR UHLENHAUT COUPE DIJUAL PADA HARGA RM624 JUTA. KERETA PALING MAHAL DI DUNIA
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupe 1955 menjadi kereta paling mahal dijual di dunia pada harga AS$142.9 juta (RM624 juta).
Ia sekali gus memecah rekod disandang Ferrari 250 GTO 1962 yang dipercayai dijual dengan tag harga AS$48.4 juta (RM212.43 juta) pada tahun 2018.
Salah satu daripada dua jentera rare merupakan Mercedes-Benz Classic Collection dijual sendiri oleh pengeluar Jerman itu dengan kerjasama firma lelongan RM Sotherby kepada pengumpul persendirian tidak dikenali diwakili Simon Kidston.
Kereta berusia 67 tahun itu dinamakan sempena ketua jurutera Mercedes pada masa itu, Rudolf Uhlenhaut dan didakwa mempunyai kelajuan tertinggi 299 km/j.
Wang daripada jualan itu akan digunakan untuk menubuhkan Dana Mercedes-Benz iaitu sebuah dana biasiswa global, kata Mercedes dalam satu pengumuman.
Ia telah dijual dalam lelongan secara jemputan tertutup di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart pada 5 Mei lalu. –carscoops
- BACA: MERCEDES-AMG LANCAR A 45 S, CLA 45 S “EDITION 55”
- BACA: SAFETY CAR F1: KENAPA ASTON MARTIN VANTAGE LEBIH PERLAHAN DARIPADA MERCEDES AMG GT BLACK SERIES?
- BACA: MERCEDES MAYBACH BERPERISAI OLIGARKI RUSIA KENA RAMPAS. HARGA BERNILAI RM2.8 JUTA
- BACA: 30 TAHUN SEBELUM MERCEDES, NISSAN SUDAH PUN PERKENALKAN ROAD SURFACE SENSING!