Artikel Pilihan

SAFETY CAR F1: KENAPA ASTON MARTIN VANTAGE LEBIH PERLAHAN DARIPADA MERCEDES AMG GT BLACK SERIES?

Bermula daripada musim perlumbaan F1 2021, tugas kereta keselamatan F1 kini digalas oleh 2 kereta yang berbeza, samaada Aston Martin Vantage ataupun Mercedes AMG GT Black Series. Perbezaan antara kedua-dua kereta adalah sangat ketara, terutama dari segi warna dan pelekat badan.

Aston Martin menggunakan warna hijau dan hiasan kuning, iaitu warna perlumbaan rasmi UK manakala Mercedes-AMG GT Black Series menggunakan warna merah menyala. Namun dari segi teknikal, kedua dua kereta adalah berbeza antara satu sama lain. Kami akan huraikan dengan lebih lanjut

Tapi ketika perlumbaan Australian GP baru baru ini yang menyebabkan kereta keselamatan dikerah masuk, ramai pelumba menzahirkan rasa tidak puas hati pada Aston Martin Vantage yang digunakan sebagai kereta keselamatan. Max Verstappen menggelar kereta ini sebagai kura-kura

Ini kerana Aston Martin tidak cukup laju sebagai kereta keselamatan dan menyebabkan suhu tayar jentera F1 jatuh mendadak. Seperti yang sedia maklum, tayar racing slick digunakan pada jentera F1 perlu kekal panas dengan cara memandu laju. Bila tayar sejuk, cengakamannya akan menurun

Rungutan ini bukan sahaja dibuat oleh Max, tapi Charles Leclerc dari Ferrari dan juga George Russel dari pasukan Mercedes-AMG Petronas juga menyatakan isu yang sama. Berdasarkan anggaran mereka, kereta Aston Martin ini adalah 5 saat lebih perlahan berbanding dengan Mercedes-AMG GT Black Edition.

Namun FIA berpandangan ia bukanlah isu utama kerana tugas utama safety car bukanlah berlumba, tapi bertindak sebagai pengawas perlumbaan yang akan memperlahankan jentera F1 pada halaju yang dirasakan selamat ketika kemalangan berlaku

Jadi antara Aston Martin Vantage dengan Mercedes-AMG GT Black Edition, mana satu lagi power?

Mercedes-AMG GT Black Edition

Bagi tahun 2022, Mercedes telah memperkenalkan kereta keselamatan yang terbaru dan paling berkuasa dalam sejarah F1. Mercedes-AMG GT Black Edition yang digunakan merupakan versi yang hanya diubah sedikit sahaja daripada varian perlumbaan yang dihasilkan oleh Mercedes

Lampu amaran (strobe light) direka semula dengan diposisikan pada bahagian strategik berbanding dipasang di atas bumbung bagi tujuan aerodinamik. Kamera keselamatan yang lebih baik dan juga pemegang minuman untuk pemandu juga dipasang.

Namun dalam aspek teknikal, tidak banyak perubahan yang diperkenalkan. Ia masih dikuasakan oleh enjin V8 4000cc M178 turbo berkembar yang menjana 730 kuasa kuda dan 800Nm tork. Beberapa perubahan lain dari segi aerodinamik, berat dan pusat graviti yang lebih rendah dibuat bagi memastikan ia layak berada di atas trek lumba F1.

Splitter dan sistem aerodinamik aktif turut dipasang dan boleh diubahsuai mengikut keadaan trek lumba. Sistem ini boleh mengubah downforce ketika jalan lurus bagi halaju maksima dan mendapat cengkaman tinggi ketika selekoh diambil secara automatik

Pada halaju 200km/jam, downforce yang dihasilkan adalah sekitar 249kg manakala pada halaju 250km/j, nilai downforce meningkat kepada 400kg. Dengan berat sekitar 1520kg sahaja termasuk semua peralatan, Mercedes-AMG GT Black edition boleh memecut 0-100km/jam dalam masa 3.2 saat sahaja.

Prestasi terbaru ini turut dipuji oleh Bernd Maylander yang menyatakan dia amat berpuas hati dengan kereta keselamatan terbaru yang dihasilkan oleh Mercedes-AMG ini berbanding dengan varian 2021.

Aston Martin V8 Vantage

Secara teknikal, kereta keselamatan yang dihasilkan oleh Aston Martin ini merupakan versi naik taraf berbanding versi asal yang dihasilkan. Enjin V8 4000cc turbo ini menjana sekitar 528 kuasa kuda dan 685Nm tork. Tapi tahukah anda enjin ini adalah enjin buatan Mercedes-AMG.

Berbeza dengan kod M178 yang digunakan oleh Mercedes-AMG GT Black Edition, enjin ini menggunakan kod M177 adalah versi lama berbanding M178. Mercedes bertanggungjawab membekalkan enjin ini kepada Aston Martin dalam perjanjian semenjak tahun 2013 lagi

Berbeza dengan M178 dengan sistem dry sump, enjin M177 menggunanakan wet sump. Sistem dry sump membenarkan kereta mengambil selekoh dengan laju tanpa perlu risau minyak pelincir gagal sampai ke semua komponen enjin dengan baik. Ini membolehkan enjin dry sump dipandu laju di selekoh dengan yakin

Dengan berat 1570kg dan enjin yang kurang berkuasa, Aston Martin Vantage boleh memecut 0-100km/j dalam masa 3.5 saat dan halaju maksimanya ialah 302km/jam. Secara perbandingan Mercedes AMG GT Black Edition boleh pergi selaju 325km/jam.

Aerodinamik Aston Martin juga gagal menyaingi keupayaan Mercedes-AMG dengan catatatn 155.6kg pada halaju 200km/jam walaupun telah dipasang dengan splitter dan kit aerodinamik tambahan. Malah Aston Martin Vantage juga memasang lampu amaran di atas bumbung yang besar, sedikit sebanyak mengganggu aerodinamik kereta

Walaupun dipasang dengan suspensi dinaiktaraf, sistem steering yang lebih baik, pendakap cesi dan penyerap hentak prestasi tinggi, kita boleh menjangkakan komen pedas yang diberikan oleh Max, Russel dan juga Charles ada kebenarannya.

Trek perlumbaan F1 banyak menggunakan selekoh tajam dan pecutan pantas di laluan lurus yang pendek. Bagi mendapat halaju dan pecutan yang baik di selekoh, enjin dry sump adalah jauh lebih baik, aerodinamik memainkan peranan penting dan power to weight ratio membenarkan kelincahan jentera safety car bagi mengawal jentera F1.

Mungkin Aston Martin boleh mempertimbangkan untuk menggunakan Aston Martin V12 Vantage yang dikuasakan oleh enjin V12 5200cc. Enjin ini menjana 690 kuasa kuda dan 752Nm tork tapi malangnya pecutan 0-100km/jam masih sama iaitu sekitar 3.5 saat walaupun halaju maksimum meningkat kepada 330km/jam

Google ads
Back to top button