Buletin

MERCEDES-BENZ LANCAR 3 VARIAN E-CLASS BAHARU – CKD, BERMULA RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini memperkenalkan 3 varian E-Class iaitu E 350 AMG Line, E 200 SPORTSTYLE Avantgarde dan E 300 Exclusive Line ke pasaran tempatan.

“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan Mercedes-Benz E 350 AMG Line yang akan menerajui model E-Class. Model pemasangan tempatan ini dilengkapi enjin baharu, Pakej Driving Assistance dan teknologi keselamatan tercanggih,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine.

Sementara E 200 SPORTSTYLE Avantgarde dan E 300 Exclusive kini dipasang dengan ciri Blind Spot Assist dan Lane Tracking Package.

E 350 AMG Line

E 350 AMG Line dibezeakan menerusi gayaan yang lebih sporty dan sofistikated. Ia dikuasakan oleh enjin turbo empat selinder 2.0 liter baharu yang mampu menjana 299hp dan tork maksimum 400Nm.

Tambahan kuasa 150Nm diperoleh menerusi bersama penghidup generator dipacu oleh tali sawat itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.9 saat.  

Sedan itu turut dipasang dengan Pakej Driving Assistance Package. Merangkumi beberapa teknologi keselamatan, ia membantu mengelak pelanggan dan meningkatkan lagi tahap keselamatan pemandu.  

Bukan itu sahaja, jentera tersebut hadir dengan sistem suspensi DYNAMIC BODY CONTROL. Sistem peredam boleh laras itu menawarkan kelincahan dan keselesaan berdasarkan kepada gaya pemanduan seseorang.

E 200 SPORTSTYLE Avantgarde

Bahagian luaran varian AVANTGARDE dipasang dengan kemasan krom dan rim 18 inci lima jejari yang ringan.

Selain spesifikasi dalaman dan luaran standard, pakej SPORTSTYLE melibatkan kemasan krom louvre pada bampar belakang yang berwarna hitam berkilat serta paip ekzos yang menyerlah.  

Di ruang kabin pula, pakej SPORTSTYLE terdiri daripada kemasan bumbung fabrik berwarna hitam, konsol tengah dengan kemasan aluminium karbon cerah, pedal sports bersama getah hiyam dan karpet lantai SPORTSTYLE.

Sedan itu digerakkan oleh enjin turbo empat selinder bersesaran 2.0 liter dengan kuasa 197hp dan tork maksimum 320Nm. Dari segi keselamatan, Blind Spot Assist adalah ciri baru yang ditambah ke dalam varian ini.

E 300 Exclusive

Tampil dengan imej yang elegan bersama gril radiator klasik Mercedes, logo bintang pada bonet yang berbeza dengan E 200 SPORTSTYLE Avantgarde can E 350 AMG Line.

Jentera itu menggunakan enjin turbo empat selinder bersesaran 2.0 liter dengan kuasa sedikit rendah iaitu 190hp dan tork maksimum 370Nm.

E 300 Exclusive kini dilengkapi pakej Lane Tracking yang merangkumi ciri Blind Spot Assist dan Lane Keeping Assist.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button