Artikel Pilihan

FAKTA PENJAGAAN MERCEDES BENZ A45 AMG

Umum mengetahui tentang kewujudan kereta ini. Kereta ini menjadi idaman semua orang sama ada peminat kereta atau tidak. Hal ini kerana rekabentuknya yang menawan dan mempunyai enjin yang berkuasa tinggi.

BACA: FAKTA PENJAGAAN RR EVOQUE

Ketika dilancarkan, ia mendapat respon positif dari para pengkritik automotif dunia. Ianya juga menukar persepsi orang ramai tentang jenama Mercedes Benz itu sendiri dimana dahulu Mercedes Benz hanyalah jenama abah-abah.

BACA: FAKTA PENJAGAAN VW SCIROCCO

Sekarang, ramai orang muda yang kaya, anak orang kaya mahupun baru jadi orang kaya memandu kereta ini di Malaysia. Model ini juga merupakan model AMG paling mampu milik berbanding model-model AMG sebelumnya.

Sedar tak sedar sudah 6 tahun model ini di pasaran. Ia juga mempunyai adik beradik dari segmen yang berlainan iaitu CLA45 dan GLA45. Boleh saya katakan disini kos penyelenggaraan bagi ketiga-tiga model ini adalah lebih kurang sama sahaja.

Apapun, kredit patut diberikan kepada pihak Mercedes Benz kerana membuat segmen “Hot-Hatch” menjadi bertambah meriah berbanding dahulu yang hanya dikuasai oleh pihak Volkswagen dengan model Golf R nya.

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-

  • Dilahirkan pada tahun 2013
  • Dikenali juga dengan kod chassis W176
  • Mempunyai enjin bersesaran 1,991cc dengan kod M133 yang berkuasa 355hp dan Torque sebanyak 450Nm bagi model Pre-Facelift (2013-2015)
  • Mempunyai enjin bersesaran 1,991cc dengan kod M133 yang berkuasa 376hp dan Torque sebanyak 475Nm bagi model Facelift (2015-2018)
  • Direka oleh Mr. Mark Fetherston. Memegang jawatan sebagai Exterior Design Team Leader bagi pihak Mercedes Benz dan juga merupakan seorang Pensyarah di Pforzheim University.
  • Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem transmisi 7-Speed AMG Speedshift DCT
  • Kenderaan ini sekarang boleh didapati pada harga bawah RM200,000 bagi model Recon dan Used merujuk kepada mudah.my.

Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)

đź› SERVIS

🔧Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 5.5 Liter. Kelikatan yang disarankan pula adalah 5W-40 Fully Synthetic. Kosnya adalah dalam lingkungan RM700-RM950.

🔧Transmission Service Package
Model AMG Speedshift DCT ini merupakan model klac berkembar daripada Mercedes Benz. Ianya tidak sama seperti model-model terdahulu yang menggunakan Torque Converter. Jadi, komponen servis dan cara servis juga adalah berlainan. Service Kit untuk model ini merangkumi :-
Fluid
Filter & O-Ring(Outer)
Filter(Inner)
Transmission Oil Pan Seal
Labour
Kos adalah dalam lingkungan RM1,700-RM2,200

đź› COMMON WEAR & TEAR PARTS

Memang Mercedes Benz terkenal dengan ketahanannya berbanding jenama pesaing. Namun apabila cerita tentang wear & tear parts, apa jenama pun tidak boleh lari daripadanya.

Baiklah, kita mulakan.

🔧Front Brake Pad
Banyak pilihan untuk bab ini. Maksud saya pilihan jenama. Cuma walau apa pun jenama, pastikan yang tulen. Kos adalah dalam lingkungan RM700-RM1,500

🔧Rear Brake Pad
Sama juga, banyak pilihan jenama. Harganya dalam lingkungan RM500-RM1,200

🔧Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Model kenderaan ini sangatlah popular sehingga banyak pengeluar aftermarket mengeluarkan alat ganti termasuk Brake Rotor. Kos adalah dalam lingkungan RM2,720-RM7,000 bagi keempat-empat unit rotor.

🔧Clutch
Sistem kenderaan ini menggunakan klac berkembar (Dual-Clutch). Antara sifat clutch adalah lambat laun ia akan habis juga. Sama ada habis, atau terbakar “burnt”. Kos untuk menukar set clutch adalah dalam lingkungan RM5,500-RM7,000. Lagi satu, clutch pack untuk model AMG Speedshift DCT ni susah nak dapat bossku.

🔧Tayar
Saiznya adalah 235/35ZR19. Harga cari sendiri.

🔧Absorber
Sampai masanya, mana-mana absorber pun akan hilang keupayaannya. Terpulang kepada pemilik mahu servis balik atau tukar. Kalau tukar kosnya dalam lingkungan RM1,500-RM1,800 seunit. Kali kan lah dengan 4. Huhuhu

🔧Belt
Belt ini menghubungkan kuasa dari enjin untuk memacu unit compressor dan alternator. Kos untuk menukar belt ini dalam lingkungan RM120-RM180

🔧Spark Plug
Ketiga-tiga model ini mempunyai enjin 4 silinder, jadi hanya 4 biji spark plug yang diperlukan. Kos adalah dalam lingkungan RM500-RM600

🔧Ignition Coil
Untuk A45. Jarang berlaku masalah coil ni. Tapi kalau berlaku juga harganya dalam lingkungan RM300 seunit. Tapi kalau nak upgrade ke Okada pun boleh. Harganya dalam lingkungan RM6,500 bagi 4 unit coil. Hahaha

🔧Engine & Gearbox Mounting
Masalah ni agak biasa bagi barisan model A45,CLA45 dan GLA45. Keempat-empat unit mounting ini akan menelan kos sebanyak RM3,500-RM4,000.

🔧Coolant Spare Tank
Kenapa ? Bocor ke ? Taklah. Biasanya Coolant Level Sensor bermasalah. Lepastu sensor pulak build in dengan tank. Pandai diorang buat duit. Kosnya dalam lingkungan RM600-RM700

🔧Thermostat
Kena masalah ni menangis juga mekanik. Leceh proses penukarannya. Bila leceh, harga upah pun jadi mahal. Kosnya dalam lingkungan RM1,200.

🔧Atmospheric Valve
Juga dikenali sebagai Dump Valve. Fungsinya sama je macam Blow Off Valve (BOV). Biasanya masalah yang dijumpai adalah jem lekat. Bila jem lekat, memang tak dapat boost lah kereta.

Macam drive kereta takde turbo. Nak tukar original tak boleh. Datang sekali dengan turbo. Kahkahkah. Lahabau betul engineer dia. Tapi jangan risau, pihak pengeluar Aftermarket seperti Forge (dah kena beli dengan Owen Development) dan Turbosmart ada mengeluarkan alat ganti dump valve ini. Harganya dalam lingkungan RM800-RM900.

🔧Aircond Compressor
Kita kena faham yang Aircond Compressor merupakan benda bergerak (Moving Item). Apabila bergerak, ia mempunyai jangka hayat. Lagi lah di Malaysia ini Aircond memang satu keperluan. Jika komponen ini rosak harganya adalah dalam lingkungan RM5,000.

🔧Alternator
Sepanjang pengalaman saya, kes ni merupakan kes terpencil. Peratusan kerosakan itu tetap wujud. Jadi, untuk berjaga-jaga, kos seunit Alternator adalah dalam lingkungan RM5,800-RM6,500

🔧Starter Motor
Ini juga merupakan kes terpencil. Tapi tidak salah untuk kita ambil tahu. Kos bagi seunit Starter Motor adalah dalam lingkungan RM1,500.

Pada hemat saya, kenderaan ini saya berani rekemen kepada kawan dan juga pelanggan saya. Seperti yang saya nyatakan diatas, akibat popularitinya yang tinggi, banyak pihak pengeluar barangan Aftermarket mengeluarkan “Performance Parts” untuk kenderaan ini.

Binaan bahagian enjin seperti Piston dan Crankshaft yang dibuat dengan teknologi “Forged” juga membolehkan enjin ini ditala semaksimum mungkin. Setakat boost 2 bar enjin ini masih boleh tersenyum. Enjin tahan, Performance Parts banyak. Tunggu apa lagi, tabur duit je. Hahaha.

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian. Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari. Jika wear & tear parts yang dinyatakan diatas masih elok, tidak perlulah ditukar dahulu.

Harga yang diberikan adalah “average”. Jangan melenting jika dikenakan harga yang mahal di bengkel berdekatan anda kerana harga adalah berbeza bagi setiap kawasan. Tapi jika terlalu mahal dikenakan kepada anda, rajin rajin lah buat research ya. Semoga kita semua mendapat manfaat.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button