
PROTON BUKA TEMPAHAN SUV 7 TEMPAT DUDUK, X90. 4 VARIAN & 6 PILIHAN WARNA
Proton telahpun membuka tempahan untuk SUV 7 tempat duduk pertama mereka iaiatu Proton X90 bermula pada hari ini dengan pembayaran sebanyak RM 1000 sahaja. Buat pada masa ini tiada harga yang berjaya ditemui melainkan terdapat 4 varian yang boleh ditempah oleh bakal pembeli.
Antara varian Proton X90 yang boleh ditempah bermula dengan varian 1.5 TGDi BSG Standard, 1.5 TGDi BSG Executive, 1.5 TGDi BSG Premium dan 1.5 TGDi BSG Flagship. Kesemua varian dikuasakan dengan enjin 3 slinder 1500cc TGDi yang digandingkan dengan sistem hibrid ringan bagi menjana 187 kuasa kuda dan 300Nm tork
Kesemua varian juga akan menerima transmisi klac berkembar 7 kelajuan. Bagi varian Standard, ia akan menerima rim 18 inci, kusyen balutan fabrik, sistem multimedia bersaiz 12.3 inci dan juga kamera undur belakang.

Untuk varian Executive, Proton X90 menerima tambahan aksesori seperti Tyre Pressure Monitoring System, Power Tailgate, Seat balutan kulit sintetik, kusyen pemandu berkuasa elektrik, kusyen depan dengan sistem pengudaraan dan kamera 360 darjah bagi memudahkan X90 diparkir.
Bagi pembeli yang mementingkan aspek keselamatan, mereka boleh mempertimbangkan varian Premium kerana ia diberikan ciri Advance Driving Assist System. Varian ini juga menerima rim 19 inci, kusyen kulit Nappa, kusyen penumpang depan berkuasa elektrik, pengecas telefon tanpa wayar dan Auto Park Assist.
Proton X90 Flagship merupakan varian tertinggi yang ditawarkan oleh Proton. Ia akan menerima kesemua ciri tambahan yang ada termasuklah beberapa ciri tambahan khas seperti Panaromic Sunroof, Boss Switch yang akan menolak kusyen penumpang ke depan, dan juga kusyen kedua yang disusun dalam konfigurasi Captain Seat.

Terdapat 6 warna yang akan ditawarkan nanti dan boleh dipilih oleh bakal pembeli. Antara pilihan warna yang disediakan termasuklah Snow White Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red dan juga Marine Blue. Hanya varian Premium dan Flagship sahaja yang ditawarkan dengan 6 pilihan warna. Anda boleh membuat tempahan sekarang di pusat jualan Proton sah berdekatan dengan anda.

