Buletin

MERCEDES S600 LIMO PRESIDEN VLADIMIR PUTIN UNTUK DIJUAL- RM6 JUTA

Ini adalah kereta pertama yang digunakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin sewaktu dilantik pertama kali menjadi Presiden Rusia menggantikan Boris Yeltsin.

Mercedes limosin S600 Pullman Guard ini merupakan model naiktaraf tahun 1995 lengkap dengan segala peralatan yang diperlukan untuk membawa antara individu paling berpengaruh di dunia itu.

Kereta ini dilapisi oleh lapisan kalis peluru tahap B6/B7. Ia menampilkan kerusi 3 baris, enjin 6.0 liter V12 dengan kuasa 394hp.

BACA – TOYOTA SUPRA F&F DILELONG RM753K

BACA – PORSCHE RWB PERTAMA UNTUK DIJUAL

Janganlah gelak tengok angka tu kalau dibandingkan dengan enjin moden Mercedes mungkin 2.0 liter turbo AMG dah dapat angka yang sama.

Ini bukan sekadar kenderaan keselamatan kalis peluru biasa, ia adalah cebisan sejarah yang boleh dimiliki oleh orang yang mampu. Kelihatan dari foto, kereta ini dalam keadaan baik dan pembatuannya Cuma 25,000 km.

Tapi harganya tidak murah, ia diiklankan di laman web Jerman, mobile oleh individu bernama Segei Urov dari Moscow – 1.3 Juta Euro, lebih RM6 juta.

Pitam.

Google ads
Back to top button