CELICA 1000HP V8 4WD-DAN IA MASIH SAH DIGUNAKAN DI JALANRAYA
Pertama sekali, kami perlu beritahu yang kereta ini bukan dari Amerika. Ya. Mungkin anda biasa dengar tentang modifikasi di Amerika, namun ia tidaklah semudah yang disangka.
Undang-undangnya ketat dan kalau sudah 1000hp pada kereta klasik, janganlah bermimpi untuk memandunya di jalanraya awam. Remeh.
Jadi, ini datangnya dari negara yang “mesra” modifikasi – Australia. Sistem pendaftaran semula enjinnya dan tauliah khusus diberikan oleh pihak berkuasa kepada bengkel yang akan mengeluarkan “lencana” setelah modifikasi dijalankan.
BACA – EMS, NISSAN GTR TERPANTAS DI BUMI
BACA – RESTOMOD CELICA TA22 DARI SABAH
Jadi apa kaitannya? Ini dia TA22, Celica klasik tahun 70-an yang diubahsuai dengan ektstrim oleh Jamie. Kereta ini tidaklah terus mendapat 1000 kuasa kuda, ia adalah fasa ke lapan. Kaji dan terus cuba hinggalah ke peringkat sekarang.
Celica ini dikuasakan oleh enjin 1UZ V8. Enjin Toyota moden, suntikan bahanapi keluaran 90-an ini asalnya sebuah enjin aspirasi biasa (N/A) kemudian dikacukkan dengan sepasang turbo. Cukup?
Tidak.
Kuasa enjin diekstrak lagi dengan beberapa pengubahsuaian dan kemudiannya disalurkan keEMPAT-EMPAT roda. Ya. Pacuan 4WD yang menggunakan sistem dan gandar dari Skyline R34 GTR dan differential dari R33 GTR.
Kotak gear dengan perumah custom dibuat oleh Holinger dengan enam kelajuan manual. Di akhir percubaan, kuda tua ini memecut pada kelajuan 311km/j pada ujian 1000meter. Video di bawah adalah rakaman asal Jimie ketika mengujinya di trek Snowy Mountains 1000, dekat Canberra,
Di Malaysia, kami tak fikir ada orang sanggup memgubahsuai TA22 ke tahap ini. Ini bukan kereta olskool murah. Harga kereta standard pun dah nak arwah, apa lagi nak buat projek dari model begini.
Tapi kalau anda tahu ada projek luar biasa begni, jangan segan hubungi kami.