Buletin

MFORCE BAKAL LANCAR SKUTER ADV WMOTO XDV 250I

Syarikat MForce dijangka akan melancarkan skuter adventure menggunakan nama WMOTO XDV 250i untuk pasaran tempatan, selepas sesi pra-tonton model tersebut bersama wakil pengedar baru-baru ini.

Berdasarkan laporan daripada MotoMalaya, skuter dalam segmen 250 cc itu bakal melengkapi penawaran skuter ADV mampu milik selepas pengenalan model Xtreme 150i pada tahun lalu.

Skuter adventure XDV 250i yang ditukarkan namanya daripada model Longjia XDV 250Si itu hadir dengan enjin silinder tunggal sejukan cecair 244.3 cc dengan kuasa 24.13 hp dan 22.2 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.

Antara kelengkapan standard termasuklah fork depan Kayaba 37 mm, penyerap hentak tunggal Kayaba di belakang, sistem brek J.Juan cakera depan dan belakang dan brek ABS dua saluran.

Terdapat ruang meletakkan barang yang luas di bawah pelana, diikuti dengan kapasiti tangki bahan api 13.5 liter, slot pengecasan USB, skrin paparan TFT berwarna dan penghadang angin boleh laras.

Setakat ini, tiada sebarang info berkenaan harga jualan, namun sebagai perbandingan, skuter XDV 250Si ini dijual pada harga bermula 22,980 yuan (RM15,028) untuk pasaran China. – MotoMalaya

Google ads
Back to top button