
MICHELIN LANCAR TAYAR PRIMACY SUV+. PILIHAN SAIZ 16 HINGGA 20 INCI
MICHELIN baru-baru ini melancarkan tayar untuk kegunaan SUV terbaharunya iaitu MICHELIN Primacy SUV+ ke pasaran tempatan.
Tayar berkenaan telah menerima penambahbaikan dari segi prestasi dan liputan lebih luas, sama ada di atas permukaan jalan basah atau kering.
“Pasaran SUV di benua Asia Timur dijangka terus berkembang sebanyak 5.9 peratus setiap tahun bermula 2021 hingga 2026 dan mencatat 33 peratus menjelang 2026.
“Dengan pelancaran MICHELIN Primacy SUV+, kami yakin dapat memanfaatkan potensi pertumbuhan pasaran SUV,” kata Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Oliver Biggart.

MICHELIN Primacy SUV+ dilengkapi teknologi baharu berikut:
- Rekaan dinding sisi MICHELIN Premium Touch dengan tekstur mikro umpama baldu (velvet) yang meningkatkan lagi aspek estetika sesebuah SUV
- Kandungan silika lebih tinggi dan polimer meningkatkan prestasi membrek di aras permukaan kering dan basah, tanpa berkompromi dari segi jarak perbatuan serta rintangan guling
- MaxTouch Construction memastikan kehausan yang sekata dan jangka hayat bunga tayar lebih panjang
Tayar itu juga menampilkan teknologi MICHELIN yang telah dinaik taraf seperti rekaan alur berbentuk U untuk memberi lebih keselamatan walaupun bunga tayar sudah haus.
MICHELIN Primacy SUV+ kini boleh didapati di semua pengedar sah Michelin dalam 26 saiz (7 saiz baharu) untuk kegunaan rim 16 hingga 20 inci. Maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.MICHELIN.com.my/
- BACA: MICHELIN LTX TRAIL. TAYAR UNTUK TRAK PIKAP DAN SUV. TAHAN LAMA, LEBIH SENYAP, 9 PILIHAN SAIZ
- BACA: APA KAITAN TAYAR MICHELIN DENGAN RESTORAN? INI PENJELASANNYA
- BACA: MICHELIN PILOT SPORT 5 TIBA DI MALAYSIA. PILIHAN SAIZ 17 HINGGA 19 INCI, BERMULA RM700 SEUNIT
- BACA: TAYAR MICHELIN ROAD 6 UNTUK MOTOSIKAL. LEBIH CENGKAMAN, TAHAN LAMA