
TAYAR MICHELIN ROAD 6 UNTUK MOTOSIKAL. LEBIH CENGKAMAN, TAHAN LAMA
MICHELIN baru-bau ini melancarkan rangkaian tayar terkini untuk motosikal ke pasaran tempatan. Dikenali sebagai MICHELIN Road 6, ia boleh digunakan untuk jentera roadster, sportbike dan Grand Touring.
Menjanjikan kelesaan, pengendalian mantap dan tahan lebih lama, tayar berkenaan hadir dengan 15 peratus penambahbaikan pada aspek cengkaman di atas jalan basah dan jangka hayat 10 peratus lebih lama berbanding tayar MICHELIN Road 5 sebelum ini.

Keupayaan tersebut disumbangkan oleh ciri-ciri berikut:
Reka bentuk bunga:
Nisbah kosong sebanyak 14 peratis (nisbah di antara jalur dan getah) menawarkan kuasa cengkaman lebih baik. Nisbah ini tidak berubah ketika membelok bagi menjamin maklum balas yang konsisten.
Teknologi MICHELIN Water EverGrip yang merupakan sisip berpaten yang dibangunkan oleh MICHELIN menawarkan daya cengkaman di atas jalan basah yang tinggi. Jadi, penunggang dapat menyusuri jalan raya dengan lebih yakin. Sisip itu direka untuk dibuka mengikut tahap kehausan tayar
Sudut alur dan sisip baharu lebih panjang pada bahagian pinggir untuk membelah lapisan air dan mencengkam permukaan jalan.

Bahan mentah:
Sebatian 100 peratus silika yang menampilkan Teknologi Silika MICHELIN meningkatkan tahap cengkaman dalam kondisi sejuk di atas jalan raya lembap dan basah, tanpa berkompromi dengan jangka hayat tayar.
MICHELIN 2CT+ (Teknologi 2 Sebatian) membolehkan pelbagai sudut bunga tayar dioptimumkan untuk karakteristik prestasi yang berbeza. Lapisan getah bunga tayar bahagian bawah yang lebih keras mengekalkan ketegaran ketika membelok. Manakala lapisan lembut di atas yang bersentuhan dengan permukaan jalan membekalkan daya cengkaman dan perbatuan yang tinggi dalam kondisi kering dan basah.

Seni bina:
Teknologi MICHELIN Radial X Evo – lapisan 90 darjah pada rabung tayar menjamin titik sentuh yang lebih lebar untuk cengkaman terbaik sama ada dalam posisi menegak atau menyendeng.
Dinding sisi tayar Radial X Evo generasi baharu menggunakan lapisan berlipat khas untuk meningkatkan fleksibiliti dan keselesaan dengan menyerap ketidaksempurnaan jalan raya. Ia juga kekal stabil pada kelajuan tinggi, sekali gus amat sesuai untuk motosikal berkuasa tinggi.
Teknologi MICHELIN Aramid Shield ialah selongsong tayar yang amat padat dan lebih tegar. Ia mampu menawarkan maklum balas dan pengendalian cemerlang. Lapisan aramid dapat menghalang pertumbuhan emparan (centrifugal growth) pada kelajuan tinggi, selain kurang berat dan menawarkan kestabilan yang tinggi.
MICHELIN Road 6 sudah boleh didapati di semua pengedar sah di seluruh negara. Ia ditawarkan dalam enam saiz untuk tayar hadapan dan lapan saiz bagi tayar belakang. Tayar itu boleh digunakan oleh roadster kecil (KTM 390) sehinggalah jentera GT besar seperti BMW K1600 GT/GTL.