Artikel Pilihan

MINED RESISTANCE AMBUSH PROTECTED (MRAP) EDJER YALCIN 4X4 UNTUK ATM

1. Pameran DSA 2022 telah selamat melabuhkan tirainya setelah tertangguh 4 tahun akibat COVID-19. Tiada perolehan luar jangka kebanyakannya perolehan ATM adalah mengikut perancangan dan dasar sebelum ini untuk kesemua cabang

2. Salah satu perolehan adalah 15-20 unit MRAP Edjer Yalcin 4×4 dari syarikat Nurol Makina, Turki. Pembelian ini khusus untuk kegunaan pasukan Mallbatt Unifil 850 di Lubnan. Designasi dalam poster Yang dikeluarkan MINDEF ianya adalah APC (Armored Personal Carrier), tetapi spesifikasi Edjer Yalcin sendiri melebihi kriteria APC sendiri.

Kami menjangkakan ianya digunakan untuk tugas APC, tetapi boleh melalukan tugas peacekeeping (pengaman), policing activities, rondaan, hostage rescue, tinjauan dan pemantauan ( surveillance and reconnaissance ). Multi mission dalam 1 platform.

3. Masalah pasukan Mallbatt sebelum ini adalah menggunakan Condor APC Yang usang dan tidak memenuhi keperluan operasi menangani ancaman. Justeru itu perolehan 9 unit IAG Guardian menggunakan Dana PBB dilakukan.

Perolehan 20 X unit Edjer Yalcin ini boleh dikira pembelian susulan dan melengkapkan terus fleet armor Mallbatt 850.

4. Pemilihan Edjer Yalcin 4×4 dilihat agak mengejutkan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa MRAP tempatan harus diberi keutamaan contohnya Tarantula MILDEF

Niat ini bagus, tetapi kami melihat perolehan ini dari sudut lain:

  • Kegunaan untuk Mallbatt 850, produksi sudah siap sedia oleh Nurol Makina, penghantaran yang cepat, malah tidak mustahil didahulukan que.
  • Telah digunakan UN peacekeeping dari pelbagai negara. Antaranya Turki, Uzbekistan , Qatar dan pasukan negara lain
  • Fasa ujian telah lama selesai termasuk blast test (ujian ketahanan letupan) (MRAP Tarantula rasanya masih tidak lalui ujian ini)
  • Faktor geografi Lubnan dekat dengan Turki, untuk memudahkan penghantaran alat ganti, penyelenggaraan, latihan kru, dan sokongan dari syarikat Turki sendiri

5. Diam tak diam secara keseluruhan MRAP ATM sudah menghampiri 50 unit. Pembelian yang berdikit tetapi konsisten terbukti mampu menangani ancaman keusangan aset. Secara tidak langsung, 50 unit ini adalah 25% daripada 200 unit Condor yg dilucut tauliah (decommissioned), satu angka anggaran, dari angka 460 unit awal yang diperolehi pada 1982.

6. Kita boleh menerima jika ini memang untuk pasukan Mallbatt Lubnan atas faktor kesegeraan. Ejder Yalcin ini digunakan oleh pasukan Uzbekistan dengan tempahan 1,000 unit dan Turki pula memesan 400 unit

Ejder Yalcin ini antara MRAP pertama yang memenuhi syarat teknikal dan syarat spesifikasi operasi dengan NATO. Jadi jika mengikut keperluan semasa dan yang mendesak, keutamaan dilihat pada yang telah diproduksi dan dihasilkan.

7. Kos perolehan Ejder Yalcin 20 biji RM 190juta dan sekadar perbandingan, kos AV4 Lipan Bara sebanyak 20 unit ialah RM 140 juta. Beza kenaikan RM 50 juta ini kemungkinan dari Remote Weapon System (RWS), Electro Optical equipment, pelbagai subsystem seperti Battle Management system, radio dan tactical navigation

8. Proses perolehan harus terus konsisten, berdikit tapi apa yang pasti, akan menggantikan keusangan aset pelbagai cabang yang sangat kritikal. Bak kata Panglima Angkatan Tentera ketika DSA 2022, jangan sampai “Sudah Terhantuk Baru Terngadah”

Selamat datang Edjer Yalcin 4×4 kedalam ORBAT ATM.

Muhammad Faiq Bin Shaf’ii
02042022

Google ads
Back to top button