Buletin

MINI JCW PRO BOOST KIT – KHAS UNTUK MINI COOPER S 5 D00R

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, MINI Malaysia menganjurkan siri jelajah ‘The Nation’ MINI.

Bermula pada 22 September hingga 3 Disember 2017, ia melibatkan sesi pandu uji kenderaan MINI. Hadiah dan tawaran istimewa dengan rebat yang tinggi dan kadar faedah rendah turut ditawarkan.

Anda juga boleh berjimat menerusi tawaran Hari Malaysia (rebat sebanyak RM6,000) untuk MINI dengan warna Jalur Gemilang.

Siri jelajah itu juga menawarkan pelan pembiayaan MINI yang istimewa. Ini termasuklah pakej Straight Line, Balloon dan bayaran kitaran penuh di mana pengguna boleh memiliki sebuah MINI bermula RM1, 970 sebulan.

MINI JCW Pro Boost Kit

Selain siri jelajah tersebut, juga MINI Malaysia telah melancarkan MINI JCW Pro Boost Kit untuk MINI Cooper S 5 Door.

Kit tersebut merangkumi rim aloi JCW Pro Cross-Spoke 506 bersaiz 18 inci, kit talaan JCW Pro dan sistem peredam injap JCW Pro. Rim itu ditempa menggunakan aluminium, sekali gus menjadikannya 1kg lebih ringan berbanding rim konvensional.

JCW Pro Tuning Kit pula memberi lonjakan prestasi enjin daripada 192hp menjadi 211hp (+19hp). Tork boleh mencecah 300Nm berbanding enjin asal iaitu 280Nm (+20Nm).

Sistem peredam injap JCW Pro dengan kemasan paip krom menawarkan dua mode bunyi iaitu Sport dan Track. Ia boleh dioperasi secara tanpa wayar melalui dua klik pada butang kawalan Bluetooth 4.0 .

MINI JCW Pro Boost Kit hanya sah untuk pembelian kereta baharu MINI Cooper S 5 Door pada acara siri jelajah ‘The Nation’ MINI. Ia ditawarkan dalam lima warna signatur MINI – merah, hijau, putih, perak dan oren.

Harga MINI JCW Pro Boost Kit untuk MINI Cooper S 5 Door sepanjang siri jelajah seluruh negara ialah RM10,000 termasuk kos pemasangan. Harga biasanya, RM 26,000.

Manakala harga MINI Cooper S 5 Door dengan JCW Pro Boost Kit pula ialah RM249,888 seunit.

Google ads
Back to top button