Buletin

MMM LANTIK LEONA CHIN SEBAGAI DUTA JENAMA

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) semalam mengumumkan pelantikan atlet sukan bermotor Malaysia, Leona Chin sebagai duta jenamanya.

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Leona sebagai duta jenama kami. Leona telah terlibat dalam banyak acara perlumbaan kereta di seluruh dunia. Baru-baru ini beliau mencatat kemenangan dalam Clio Cup China Series.

“Leona juga telah menyertai banyak acara ekstrem anjuran Mitsubishi Motors. Meneroka laluan sukar seperti Borneo Safari dan 4×4 Jamboree pertama di Sarawak dengan Mitsibishi Triton,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.  

Sebagai duta MMM, Leona akan muncul dalam beberapa kempen melibatkan semua jenis media, siri jelajah dan media sosial.

Leona dijangka berada di siri jelajah prebiu Mitsubishi Outlander CKD di Mid Valley mulai 27 September hingga 1 Oktober ini.

Google ads
Back to top button