Buletin

MINI MALAYSIA TAWAR PROGRAM SERVIS PERCUMA 60 BULAN

MINI Malaysia memperkenalkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI (MSRI) ke atas semua model MINI yang dibeli mulai hari ini hingga 31 Ogos 2019.

Tawaran ulang tahun itu menawarkan servis berjadual percuma selama 60 bulan atau 80,000km (mana-mana dahulu). Selain jaminan selama 60 bulan tanpa had perbatuan bagi semua model MINI.

“Sempena meraikan ulang tahun ke-60 ini, kami berbesar hati untuk melanjutkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan kepada pemilik-pemilik MINI yang baru,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl.

Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan adalah sama dengan sistem Servis Berasaskan Kondisi (CBS).

Ia merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, servis penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek.

Program itu juga terbuka kepada pelanggan fleet, kenderaan yang dikecualikan duti serta Returning Expert Program.

Google ads
Back to top button