
BARU 1O MINIT KELUAR KEDAI, MCLAREN 600LT DAH KENA SITA
Mungkin menjadi antara tempoh pemilikan paling pendek dalam sejarah, seorang pemilik McLaren 600LT terpaksa pasrah sahaja apabila kereta itu disita oleh pihak berkuasa.
Dia yang berasal dari British Columbia, Kanada dilapor baru beberapa minit memandu kereta itu sebelum didapati bersalah memecut selaju 161km di kawasan had laju 90km.

Menurut laporan polis, pemandu berusia 39 tahun itu ditahan di bahagian barat Vancouver. “Ketika disiasat, dia memberitahu baru 10 minit mengambil kereta tersebut,” jelas polis Barat Vancouver dalam satu kenyataan akhbar.
Kereta itu kemudian ditunda dan disita selama tujuh hari. Pemandunya pula dikenakan denda sebanyak CAD$368 (RM1,161).
Hukuman itu bagaimanapun dilihat sangat ringan kerana banyak lagi pemandu lain yang dikenakan hukuman lebih berat atas kesalahan hampir sama.
Mungkin Datuk Seri ni kot..
- BACA: LAMBANG KERETA PALING RINGKAS DI DUNIA. INILAH ASAL USUL LOGO MCLAREN
- BACA: PUSINGAN KEDUA – MCLAREN 720S STANDARD VS NISSAN GTR 930 HP (VIDEO)
- BACA: McLAREN 720S INI ISTIMEWA SEBAB ADA KHAT KUFI DAN 1 SAHAJA DI DUNIA
- BACA: MCLAREN F1 1997 UNREGISTERED NI MUNGKIN MILIK ANDA – JIKA CUKUP WANG HANTARAN




