
MINIMUM MOBILITY – KERETA MINI ELEKTRIK DENGAN REKA BENTUK KAMERA POLAROID 80-AN
Sudah menjadi trend gabungan retro – moden dipadankan dalam sesuatu reka bentuk dan ia tidak terkecuali untuk industri automotif.
Di Jepun baru-baru ini, KG Motors mengumumkan bahawa ia bakal memproduksikan sebuah kenderaan mini, digelar sebagai Minimum Mobility pada tahun 2025.
Minimum Mobility ialah kenderaan elektrik kecil yang disesuaikan untuk kegunaan individu, dengan rekaan tempat duduk tunggal diletakkan di tengah.
Reka bentuk simetrinya pula diilhamkan oleh kamera Polaroid dari tahun 1980-an, memberikannya rasa retro namun moden, memandangkan kamera Polaroid menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini.

Memandangkan kenderaan itu kecil dan ringan, ia mempunyai prestasi alam sekitar yang lebih baik selain harga berpatutan.
Menurutnya, Minimum Mobility boleh dicas menggunakan soket isi rumah 100V AC, dan menawarkan jarak gerak sejauh 100km selepas lima jam dicas.
Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kazunari Kusunoki memberi pembentangan dan kos sasaran bagi sebuah Minimum Mobility ditetapkan sebanyak ¥1 juta (RM31,802).
Kereta itu belum tersedia untuk pembelian lagi, tetapi persiapan sedang dijalankan untuk jualan pengeluaran besar-besaran pada 2025.
- BACA: BYD MASUK PASARAN KOREA SELATAN TAHUN INI, BAKAL LANCAR TIGA MODEL
- BACA: ABARTH 695 75°ANNIVERSARIO – EDISI TERHAD BERSEMPENA ULANG TAHUN KE 75
- BACA: HANYA SATU UNIT MODEL TESLA TERJUAL DI KOREA SELATAN PADA JANUARI
- BACA: SKANDAL UJIAN KESELAMATAN, PRESIDEN DAN PENGERUSI DAIHATSU LETAK JAWATAN