Buletin

MITSUBISHI TRITON MIVEC 2.4 TURBO, 181PS/430Nm, PILIHAN MANUAL 6 KELAJUAN.

Sejak dilancarkan pada Mei tahun lepas, Triton generasi ke 5 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Di Malaysia ramai melihatnya sebagai generasi ke 2 sebab sebelum ini Mitsubishi menggunakan lencana L200).

Sebanyak 7,000 unit telah terjual sejak itu dan ia menyumbang sebanyak 50 peratus jualan keseluruhan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM). Sebelum ini, MMM juga telah memperkenalkan 2 model edisi khas iaitu Edisi Phantom dan Edisi Knight.

Triton body 2

Namun varian baru  Ini merupakan perubahan terbesar untuk generasi baru yang memperlihatkan kehadiran enjin Mivec 2.4 turbo menggantikan semua varian VGT yang ditawarkan. Enjin baru ini berupaya menghasilkan 181PS dan 430Nm tork, peningkatan siginifikan berbanding enjin 2.5 Commonrail turbo sebelum ini 178PS dan 400Nm.

Ia adalah model pertama dalam kelasnya yang menggunakan kebuk pembakaran jenis aluminium. Berbanding besi tempa, enjin baru ini 30kg lebih ringan dan menyumbang ekonomikal bahanapi. Ia dikatakan dengan jimat 15 peratus berbanding enjin terdahulu.

triton lampu

Antara ciri tambahan yang menarik ialah aksesori standard pada varian VGT di mana ia didatangkan dengan lampu jenis HID, Daytime Running Light (DRL) dan lampu kabus belakang. Lebih menarik lagi, model Mivec 2.4 VGT ini juga didatangkan dengan pilihan transmisi manual 6 kelajuan.

Varian tertinggi, Adventure X kini merupakan rangkaian tertinggi Triton. Ia didatangkan dengan penghadang tambahan untuk bampar depan, sports bar dengan kekotak penuh dan roda aloi 17 inci dual tona.

Triton body 1

Kesemua Model Triton diimport sepenuhnya dari kilang Mitsubishi di Thailand dan berikut adalah harga serta pilihan warna untuk 6 varian. (harga tanpa insuran)

  1. Triton VGT Adventure X 4×4 AT RM 125,005 Impulse Blue, Titanium Grey
  2. Triton VGT Adventure 4×4 AT RM 118,198 Earth Green, Red, Pearl White, Black
  3. Triton VGT 4×4 AT RM 109,446 Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
  4. Triton VGT 4×4 MT RM 102,619 Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
  5. Triton 4×4 MT RM 88,997 Sterling Silver, White Solid
  6. Triton QUEST 4×2 MT RM 73,438 Sterling Silver, White Solid
Google ads
Back to top button