Buletin

MITSUBISHI ASX CKD DILANCARKAN

Pengedar kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasminya telah melancarkan model Mitsubishi ASX pemasangan tempatan (CKD) pada hari ini. 

ASX CKD launch (4)

ASX merupakan model CKD pertama MMM. Ditawarkan menerusi dua varian iaitu 2WD and 4WD, anda boleh melihatnya secara dekat memandu ujinya di semua bilik pameran Mitsubishi di seluruh negara.

ASX CKD yang dipasang secara kontrak di kilang milik Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) sejak bulan lalu itu ditawarkan pada harga menarik. Harganya bermula dari RM114,743.50 untuk varian 2WD, manakala model 4WD ditawarkan pada harga RM128,879.50 (di atas jalan tidak termasuk insurans). Sebelum ini, ASX diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan hanya ditawarkan dalam varian pacuan dua roda (2WD) pada harga RM139,981 seunit

_MAX0365

Seramai 300 pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan ASX masing-masing juga bakal menerima beg kulit istimewa. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kedua-dua varian dijana oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter. Enjin MIVEC itu berupaya menghasilkan kuasa maksimum 150PS dan tork puncak 197Nm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi CVT INVECS-III enam kelajuan bersama Sports Mode.

ASX CKD launch (2)

Bagi memudahkan pengendalian di bandar, SUV itu mempunyai nisbah pusingan 5.3 meter. ASX turut dilengkapi pelbagai ciri seperti penggilap cermin dan lampu automatik, tempat duduk dibalut kulit, navigasi GPS, alat pengsan parkir pada bahagian hadapan dan belakang serta panel instrumen berkontras tinggi.

Bagi ASX 4WD, ia menerima kelengkapan tambahan seperti bumbung panoramik, paddle shifter, butang penghidup enjin dan filem solar/keselamatan pada tingkap.

ASX CKD launch (1)

Menyentuh aspek keselamatan pula, ASX dilengkapi tiga beg udara, ABS dan EBD sebagai ciri standard. Untuk model 4WD, sistem Traction Control, Active Stability Control (ASC) dan Hill Start Assist (HAS) turut dipasang.

ASX didatangkan dalam empat warna menarik iaitu hitam, perak, putih dan kelabu. Ia juga hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Local Assembled Mitsubishi ASX-2WD

Selain ASX CKD, MMM ada menawarkan rangkaian model lain seperti Mirage, Lancer GT, Triton, Pajero Sport, Pajero Exceed, i-MiEV dan Attrage. Sehingga kini, MMM mempunyai 57 bilik pameran (40 daripadanya ialah pusat 3S) dan 49 outlet servis di seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ di laman Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia .

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button