Buletin

KEMPEN SERVIS KHAS TOYOTA PRIUS 1.8

Jika anda seorang pemilik Toyota Prius varian 1.8 liter, anda perlu membawa model hibrid tersebut untuk diperiksa. 

Prius (6)

Ini kerana Toyota Motor Corporation (TMC) semalam mengumumkan bahawa pihaknya mengadakan satu kempen servis khas untuk model tersebut berikutan timbul kebimbangan beberapa perisian yang mengawal boost converter mungkin mengalami kerosakan.

Akibatnya, beberapa lampu amaran akan menyala dan mode keselamatan kenderaan mungkin gagal berfungsi. Justeru, kempen tersebut diadakan untuk  memprogram semula perisian Motor Generator Control ECU dan Power Management Control ECU pada kenderaan terbabit.

Prius (4)

Menurut UMW Toyota Motor program memanggil semula itu melibatkan sebanyak 6,150 unit Prius varian 1.8 liter yang dihasilkan dari 2009 hingga 2013.

Setakat ini, UMW Toyota Motor tidak menerima sebarang laporan mengenai kegagalan perisian itu berfungsi. Namun, kempen ini tetap dijalankan demi memastikan Prius para pelanggannya berada pada prestasi terbaik.

Toyota Prius 2010

UMW Toyota Motor akan menghubungi semua pelanggannya yang terlibat. Proses penyelenggaraan ini juga dilakukan secara percuma.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button