Buletin

KILANG PEMBEKAL DAIHATSU TERBAKAR. PENGELUARAN TOYOTA RAIZE TERJEJAS

Dua buah kilang Daihatsu yang juga bertanggungjawab mengeluarkan kenderaan untuk Toyota Motor Corp. terpaksa menghentikan operasi selepas salah sebuah kilang pembekalnya terbakar baru-baru ini. 

Langkah itu terpaksa dibuat kerana Daihatsu tidak boleh mendapatkan sejumlah alat ganti penting untuk pemasangan kereta.   

Pemberhentian operasi itu dilihat akan memberi kesan terhadap pengeluaran model Toyota Raize yang mendapat sambutan cukup memberangsangkan. 

Dalam tempoh 10 bulan sehingga Oktiber sebanyak 389,000 unit kenderaan telah dihasilkan di kilang terbabit. Lebih separuh daripanya adalah untuk model Toyota. 

Output kilang berkenaan ditingkatkan bagi memenuhi tempahan awal yang tertangguh apabila ia terpaksa ditutup akibat penularan wabak COVID-19. Toyota cuba untuk memulihkan kembali kerugian dengan meningkatkan pengeluaran global ke tahap paling tinggi pada September lalu. 

Pada tahun 2019, dua buah kilang tersebut menghasilkan sekitar 520,000 unit kenderaan. Operasi kilang akan ditangguhkan sehingga 28 November depan. – Bloomberg 

Google ads
Back to top button