
PEUGEOT KEKAL PILIHAN NO.1 RAKYAT PERANCIS
Perancis ialah hab terkenal untuk pengeluaran kereta dengan jenama seperti Peugeot, Citroen, DS, Renault, Alpine, Bugatti, Aixam dan Ligier. Tetapi pernahkah anda terfikir jenama mana paling disukai oleh orang Perancis?
Menurut kajian terbaru yang dikongsi oleh Stellantis, Peugeot berada di kedudukan teratas untuk 2022. Bagaimanapun, empat tempat seterusnya diisi oleh jenama Jerman, iaitu Mercedes, Audi, Volkswagen, dan BMW.
Syarikat penyelidikan pasaran YouGov menerbitkan hasil kajian tahunan mereka untuk 2022, di mana orang menilai jenama berdasarkan faktor khusus seperti Rujukan Umum, Kualiti, Nilai dari segi Wang, Reputasi / Jenama, Kepuasan dan Pengesyoran.

Kajian itu mendedahkan bahawa Peugeot kekal di tempat teratas di Perancis untuk tahun kelima berturut-turut, menunjukkan konsistensi jenama itu dalam pasaran tempatan.
Keputusan yang mengejutkan menunjukkan bahawa walaupun ramai menjangkakan jenama Perancis seperti Citroen, Renault berada di belakang Peugeot, tetapi mereka sebenarnya berada di kedudukan ke-6 dan ke-8, masing-masing.
Sebaliknya, Perancis lebih suka pembuat kereta Jerman, dengan Mercedes-Benz, Audi, Volkswagen dan BMW menduduki tempat 2 hingga 5 manaka Toyota berada di tempat ke-7, diikuti oleh Ferrari di tempat ke-9, serta Ford di tempat ke-10.
Untuk rekod, jenama luar lain menduduki 10 teratas termasuklah Dacia, Kia, Hyundai, Cupra dan Skoda.
Reputasi Peugeot bukan hanya berdasarkan satu kajian. Sebuah lagi syarikat penyelidikan pasaran, IFOP (Institut français d’opinion publique), Peugeot turut menjadi pilihan pertama dalam kalangan “Syarikat Paling Dikagumi”.
Populariti Peugeot dibantu oleh model supermini Peugeot 208, di mana ia telah menjadi kereta terlaris di Perancis sejak dua tahun lalu.
- BACA: CITROEN SM PRESIDENTIAL – PERNAH MENJADI KERETA RASMI PRESIDEN PERANCIS SUATU KETIKA DAHULU
- BACA: GANGGU PENDUDUK SETEMPAT DAN TIDAK MEMILIKI LESEN, POLIS PHUKET TAHAN MAT REMPIT WARGA PERANCIS
- BACA: PARLIMEN EROPAH DESAK PERANCIS BUAT UJIAN KESELAMATAN MOTOSIKAL LEBIH 125CC. PENUNGGANG TIDAK GEMBIRA
- BACA: PEUGEOT 3008 ALLURE, SUV PERANCIS UNTUK PEMANDU YANG BERANI MENCARI KELAINAN