
MERCEDES AMG-GT 43. VARIAN COUPE 4 PINTU LEBIH MURAH (DAN ENJIN MASIH 6 SELINDER)
Selepas melancarkan GT 53, GT 63 dan GT 63 S pada awal tahun ini, Mercedes-AMG memperluaskan barisan Coupe empat pintu mereka dengan memperkenalkan model “asas” yang lebih murah.
GT 43 baharu mendapat enjin turbo enam selinder yang sama dengan GT 53, dengan kuasa yang lebih kecil, namun masih cukup untuk kebanyakan orang seperti Abang Japar misalnya.
Sementara model “53” mempunyai 435 kuasa kuda dan 520 Nm tork, Model “43” ini pula “hanya” berkuasa 367 hp dan 369Nm tork. Kehilangan 68 hp dan 20 Nm telah menambah masa pecutan 0-62 mph (0-100 kph) pecut, yang kini mengambil masa 4.9 saat.
Sementara kelajuan tertinggi juga telah menurun sebanyak 10 mph (15 kmj) kepada 168 mph (270 kmj) berbanding dengan GT 53.
Kedua-dua kereta itu berkongsi sistem 4Matic + pacuan semua roda dengan pengedaran tork yang berubah-ubah sepenuhnya. Ia juga dilengkapi transmisi automatik sembilan kelajuan, dan kawalan Boost yang menawarkan tambahan 22 hp (16 kW) dan 184 lb-ft (250 Nm) .
Taklah teruk sangat kan?
GALERI