Motosikal

INI SEBAB KENAPA ROSSI MASIH SEMANGAT BERLUMBA PADA USIA SENJA

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi memberitahu kehilangan gelaran juara MotoGP yang beliau rasa ‘layak’ menangi menjadi pendorong untuk terus berlumba walaupun sudah agak berusia. 

Baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-40 pada Sabtu minggu lalu, Rossi dilihat masih bersemangat untuk mencatat gelaran ke-10 juara MotoGP. 

Selepas sekian lama memendam perasaan, Rossi mendedahkan kehilangan gelaran pada tahun 2006 kepada mendiang Nicky Hayden kerana terlibat dalam kemalangan dalam pusingan akhir di litar Valencia menjadi bukti bahawa beliau masih layak untuk merangkul gelaran berprestij itu. 

“Memenangi gelaran ke-10 adalah impian yang masih belum dapat dicapai.  Ia juga satu penyesalan yang besar kerana saya berhak menerimanya,. Saya kehilangan dua gelaran [2006 dan 2015] dalam perlumbaan akhir. 

“Saya juga banyak kali menduduki tempat kedua [2000, 2014 dan 2016]. Jadi secara logiknya, saya berhak mempunyai 10 gelaran. Sebab itulah saya masih berlumba sehingga ke hari ini. Jika saya lebih tenang dan tidak jatuh di Valencia, saya sudah tentu menang. 

“Kemudian, ada keputusan yang saya kurang pasti betul atau salah. Seperti berpindah ke pasukan Ducati atau Yamaha, dan terus berada dengan Honda,” kata Rossi dalam satu temubual bersama Gazetta dello Sport baru-baru ini. 

Biarpun pada usia begini, Rossi tidak menolak kemungkinan akan menandatangani kontrak baru selepas tahun 2020. 

Apabila ditanya adakah kontraknya bersama Yamaha akan menjadi yang terakhir, Rossi mengakui bahawa beliau tidak tahu. Pada masa sama, Rossi rasa puas kerana dapat membuktikan keupayaan kepada mereka yang berpendapat beliau patut sudah lama bersara. 

“Saranan pertama timbul pada tahun 2007, ketika itu saya sudah memenangi lima kelas premier. Orang beranggapan saya berada dalam zon kelam kerjaya. Tetapi saya berjaya memenangi dua lagi kejuaraan. Selepas lebih 10 tahun, saya masih ada di sini,” kata Rossi.  

kredit foto: motogp.com

Tags
Google ads
Back to top button