Buletin

MITSUBISHI MALAYSIA CATAT JUALAN 24,017 UNIT TAHUN 2022. XPANDER DAN TRITON TERUS POPULAR

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mengumumkan jualannya terus melonjak apabila mencatat rekod setinggi 24,017 unit bermula Januari hingga Disember 2022. Ini merupakan peningkatan sebanyak 37.3 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. 

Secara keseluruhan, MMM kini berada di kedudukan ketiga dalam senarai jualan kenderaan jenama bukan tempatan dengan anggaran perkongsian pasaran 3.3 peratus. Pencapaian tersebut banyak disumbangkan oleh XPANDER yang menawarkan gaya, praktikaliti dan pengendalian terbaik. 

Sejak Januari hingga Disember 2022, sebanyak 14,316 unit XPANDER telah berjaya dijual, naik 93.5 peratus berbandung tahun 2021 yang menyumbang 93.5 peratus kepada jualan keseluruhan. XPANDER dilihat terus mengekalkan status sebagai crossover tujuh tempat duduk paling laris di Malaysia. 

Trak pikap Triton pula menyaksikan jualan sebanyak 9,697 unit sepanjang tahun lalu. Ini merupakan peningkatakan 4.6 peratus berbanding tempoh sama tahun 2021 dan menyumbang 40.4 peratus kepada jualan keseluruhan syarikat.

Triton kini berada di kedudukan kedua dalam segmen trak pikap, walaupun terpaksa berdepan cabaran yang sengit. 

“MMM berbesar hati kerana dapat mencapai prestasi jualan tertinggi pada tahun 2022. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan Mitsubishi di seluruh negara. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakan niaga. 

“Tahun lalu, 91 peratus pengedar kami telah menaik taraf outlet mereka dengan identiti visual baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda.

Google ads
Back to top button