
PERSEDIAAN RALLY SWEDEN – OTT TANAK BERLUMBA DI BUMI SENDIRI
Dengan perlumbaan pusingan kedua FIA World Rally Championship (WRC) Rally Sweden bakal berlangsung pada hujung minggu ini, terdapat empat buah jentera WRC Rally1 yang telah turun beraksi berlumba di perlumbaan kebangsaan bagi mendapatkan tetapan penting terhadap jentera masing – masing.
Pemandu utama pasukan M-Sport Ford World Rally Team, Ott Tanak dan juga Jourdan Serderidis telah mengambil bahagian dalam aksi perlumbaan di bumi Estonia, Otepaa Rally. Ott Tanak adalah merupakan mantan juara bagi perlumbaan di sini. Ianya membabitkan lapan peringkat perlumbaan dengan jarak perlumbaan 110 km yang cukup mencabar buat kedua jentera Ford Puma Rally1 ini. Menariknya, Otepaa Rally ini turut mempunyai persamaan dengan Rally Sweden, iaitu laluan bersalji.
Bagi Ott Tanak sendiri, ini merupakan detik yang agak penting dan genting buat beliau untuk cuba mendapatkan tetapan yang dikehendaki dan juga masa yang lebih untuk memahami jentera Ford Puma Rally1 yang baharu sahaja beliau pandu musim ini.
Dan hasilnya Ott Tanak tidak mengadapi masalah langsung untuk menggungguli saingan di bumi sendiri manakala Jourdan Serderidis hanya berada di tempat ke 17 keseluruhan. Sebetulnya Jourdan Serderidis ini tidak pun beraksi di Rally Sweden kelak, cuma katanya beliau hanya menikmati sahaja perlumbaan bersalji ini di Estonia.

Sementara itu, kelibat dua buah lagi jentera Rally1 milik pasukan Hyundai dan Toyota turut dapat diilihat di Kuopio Rally di Finland membabitkan dua pemandu, Esapekka Lappi dan juga Takamoto Katsuka. Kedua mereka beraksi dalam salah satu saingan Finnish Rally Championship.C
Kuopio Rally turut menawarkan pengalaman pemanduan yang serupa juga dengan kelajuan dan permukaan bersalji yang turut membabitkan lapan peringkat perlumbaan dengan jarak tempuh keseluruhan 95 km. Kedua perlumbaan di Finland dan Estonia ini menawarkan pengalaman perlumbaan yang serupa yang hampir serupa dengan Raly Sweden dengan suhu -10′ C.
Dan hasilnya mungkin kurang memberangsangkan buat keduanya. Esapekka Lappi hanya berada di tempat ke 31 keseluruhan walau pun mendahului saingan. Beliau telah berlanggar dengan timbunan salji dan tersekat hingga mengakibatkan kehilangan masa berharga 10 minit.
Manakala Takamoto Katsuka pula terpaksa menamatkan saingan lebih awal apabila turut berlanggar dengan timbunan salji hingga menyebabkan kerosakan terhadap radiator dan harus menarik diri daripada saingan.
BACA : M-SPORT FORD BERSEDIA UNTUK MENYERLAHKAN LAGI POTENSI FORD PUMA RALLY1. OTT TANAK SAHIH BERSAMA
BACA : OTT TANAK DAH TAK NAK DENGAN PASUKAN HYUNDAI TAHUN HADAPAN







