Buletin

TOYOTA LANCAR PRIUS GENERASI BAHARU DI EROPAH, TRENKUASA PHEV 220HP

Toyota baharu sahaja melancarkan secara rasmi generasi baharu kereta hibrid Toyota Prius untuk pasaran Eropah.

Boleh didapati dalam versi plug-in hybrid sahaja, Prius menampilkan gandingan enjin 2.0 liter dan motor elektrik dengan kuasa keseluruhan 220 hp, jauh lebih berkuasa berbanding Prius 1.8 liter (121 hp).

Pek bateri yang diposisikan di bawah tempat duduk belakang adalah sebesar 13.6 kWh, memberikan jarak gerak sifar emisi 50 peratus lebih jauh berbanding generasi terdahulu (63 km).

Menurut Toyota, Prius 2023 boleh dipasangkan dengan opsyen panel bumbung suria, mencadangkan terdapat bantuan penambah jarak untuk kereta PHEV tersebut.

Prius menggunakan platform TNGA dengan aspek dimensi yang telah bertambah besar, di mana jarak antara roda kini bertambah 50 mm, tinggi direndahkan 50 mm, sementara panjang keseluruhan dipendekkan sebanyak 46 mm.

Di bahagian ruang kabin, Prius mengadaptasi bahasa rekaan Island Architecture dengan skrin kluster digital, skrin infotainmen tengah dengan kehadiran tombol pelarasan volum, butang kawalan iklim di bawah corong pendingin hawa, serta kehadiran ciri pemanas dan penyejuk tempat duduk.

Google ads
Back to top button