Peranti

PREBIU SAMSUNG GALAXY S7 EDGE – LANCAR 17 MAC

Selepas diperkenal di acara Mobile World Congress (MWC) di Barcelona, Sepanyol, Samsung Malaysia Electronics tidak menunggu lama untuk membuat prebiu telefon pintar terbaharunya, Galaxy S7 edge di Kuala Lumpur semalam.
Samsung-Galaxy-S7-edge-mekanika (3)

Sejak diperkenalkan enam tahun lalu, siri S Samsung ini telah menerima penambahbaikan teknologi yang signifikan. Selepas enam generasi, Galaxy S7 edge kini dilihat mewakili telefon pintar generasi seterusnya.

Ciri penting yang mesti anda tahu ialah Galaxy S7 edge tampil berbeza menerusi kamera lebih canggih, reka bentuk kemas, kefungsian perisian, servis dan pengalaman yang terbaik ketika menggunakannya.

Samsung-Galaxy-S7-edge-mekanika (2)

Galaxy S7 edge didatangkan dengan kamera Dual Pixel yang menawarkan rakaman imej lebih jelas walaupun pada kondisi cahaya yang malap. Teknologi Dual Pixel yang revolusionari itu juga merangkumi apertur F1.7, piksel lebih besar, shutter speed lebih pantas dan auto fokus yang tepat.

Bersaiz 5.5 inci, telefon pintar ini dibina menggunakan kaca 3D dan besi. Bentuknya yang ergonomik membuatkannya mudah dan selesa dipegang. Tidak perlu bimbang jika anda perlu menggunakan Galaxy S7 edge dengan lasak kerana ia dilengkapi IP68. Jadi ia kini kalis debu dan air sehingga 1.5 meter.

Samsung-Galaxy-S7-edge-mekanika 6

Pengurus Produk Divisyen IM Samsung Malaysia Electronics, Go Benn Lee memberitahu hanya varian Galaxy S7 edge ditawarkan ke pasaran Malaysia.

“Telefon pintar ini akan dilancarkan pada 17 Mac depan dan boleh didapati keesokan harinya. Pengguna pasti teruja dengan pelbagai ciri terbaik yang mampu ditawarkan ditawarkan oleh Galaxy S7 edge,” kata Benn.

Samsung-Galaxy-S7-edge-mekanika (1)

Galaxy S7 Edge dibekalkan dengan kapasiti bateri lebih besar iaitu3,600mAh dan pemproses yang 30 peratus lebih pantas berbanding S6 bagi membolehkannya ia digunakan dalam tempoh lebih lama.

Mahu menyimpan data yang besar? Jangan bimbang kerana telefon pintar ini mempunyai slot kad mikro SD berkapasiti sehingga 200GB. Di samping dua slot kad SIM termasuklah kad SIM hibrid.

Samsung-Gear-VR-mekanika (3)

Pada majlis yang sama, saya juga berpeluang untuk mencuba set kepala Samsung Gear VR. Menawarkan pemandangan 360 darjah, peranti realiti maya itu dikatakan lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Dengan Gear VR, saya ‘dibawa’ melihat tarian di tepi jalan, menaiki bas pelancong dan menghadiri pelancaran produk Samsung di MWC di Barcelona. Pertama kali memakainya, saya dapati paparannya sedikit kabur, tetapi ia tetap menawarkan pengalaman yang mengujakan.

Samsung-Gear-VR-mekanika (2)

Dikuasakan oleh oculus, Gear VR boleh dipadankan dengan beberapa model telefon pintar seperti Galaxy Note5, S6 edge+, S6 dan S6 edge.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada Samsung Malaysia Electronics akan menawarkan gear VR ke pasaran Malaysia atau sebaliknya. Sama-sama kita tunggu.

Google ads
Back to top button